ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi mula perang saraf – Tayang foto usikan Expander

Views

Jika semalam kami bercerita mengenai MPV kompak untuk pasaran ASEAN terbaharu, Mitsubishi Expander yang bakal diperkenalkan semasa GIIAS 2017 pada 10-20 Ogos 2017 di Jakarta, Indonesia, hari ini muncul beberapa foto usikan model tersebut di laman maya. Kami telah cerahkan sedikit foto asal dan jika diperhatikan memang rekabentuknya saling tak tumpah dengan model konsep Mitsubishi XM, boleh dikatakan hampir 80 peratus persamaan.

Model ini mungkin menjadikan Honda BR-V sebagai penanda aras kerana ia serba boleh seperti sebuah MPV dengan gaya SUV. Formula ini ternyata berjaya terutama sekali di Malaysia kerana Honda BR-V hanya memerlukan enam bulan untuk melepasi sasaran jualan tahunan 2017. Mitsubishi Expander bakal dikeluarkan di kilang baharu yang terletak di Bekasi bermula Oktober 2017 dilengkapi enjin 1.5-liter petrol yang digabungkan dengan transmisi CVT (enam nisbah gear maya dalam mod manual).

Ia akan mempunyai tiga baris tempat duduk yang boleh memuatkan tujuh penumpang walaupun saiznya yang agak kompak. Mitsubishi juga dijangka bakal mengeksport model ini ke negara Eropah. Kepada Toyota Avanza, Suzuki Ertiga, Honda BR-V dan Daihatsu Xenia, pencabar anda akan tiba tidak lama lagi, siap sedia lah ye! Kami tak sabar nak menanti kemunculannya di Malaysia.

BACA >>
Mitsubishi Expander bakal buat kemunculan di Indonesia bulan depan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply