ARKIB

KATEGORI

Buletin

MV Agusta Malaysia Life Style Center dirasmikan

Views

Moto Varese Asiatic Holdings Sdn. Bhd., pengedar tunggal motosikal MV Agusta di Malaysia, baru-baru ini telah merasmikan pembukaan MV Agusta Malaysia Life Style Center. Hadir merasmikan pembukaannya ialah Pengarah Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan, Dato’ Mohamad Dalib, Pengarah Pemasaran dan Jualan MV Agusta S.p.A Itali, Raffaele Giusta dan Pengerusi Moto Varese Asiatic Sdn Bhd, Hu Ying.

Pengarah Urusan Moto Varese Asiatic, Mohamad Zamry Abu Samah berkata, sebagai permulaan sebanyak enam model dan telah pun memasuki pasaran tempatan sejak beberapa bulan lalu. Kesemua model tersebut dipasang di Malaysia dan merupakan model terkini berbanding model-model yang dijual sebelum ini. Model-model yang dipasang secara CKD dan dijual di Malaysia ialah MV Agusta iaitu Brutale 800, Brutale 1090, Dragster 800RR, Tourismo Veloce 800, Tourismo Veloce 800 Lusso RC dan F4RR.

Dijangka enam lagi varian model akan tiba di Malaysia sebelum penghujung tahun ini. Tambahnya lagi, harga jualan bagi kesemua model tersebut bermula dari RM90,000. Sehingga kini sebuah pengedar di Utara telah dilantik sebagai pengedar rasmi MV Agusta Malaysia dan dijangka dua atau tiga lagi akan dibuka sebelum hujung tahun ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply