ARKIB

KATEGORI

Buletin

Warga Kuantan menang angpow RM66,888

Views

Tuah ayam nampak di kaki, tuah Syed Mohammed Sohaimi sebagai pemilik Volkswagen! Sebagai penutup tirai kempen Tahun Baharu Cina 2017, Volkswagen Passengers Cars Malaysia (VPCM) telah menyampaikan “Angpow Terbesar Tahun Ini” yang bernilai RM66,888 kepada pemilik Volkswagen yang berusia 53-tahun itu yang berasal dari Kuantan.

Beliau yang membeli sebuah Vento 1.2L TSI terkejut dan sangat teruja dipilih sebagai pemenang serta tidak menyangka memenangi angpow tersebut. Wang tersebut akan digunakan untuk membawa ahli keluarganya untuk menunaikan Umrah dan mengucapkan terima kasih kepada Volkswagen.

Kempen yang berlangsung dari 1 Januari sehingga 15 Februari lalu, memberi peluang kepada pelanggan yang membeli kereta Volkswagen semasa tempoh promosi untuk memenangi angpow bernilai RM66,888. Selain itu, semua pelanggan yang membeli Volkswagen semasa tempoh itu juga diberi ganjaran angpow tunai dari RM388 hingga RM1,288.

KLIK UNTUK BESARKAN

En Sohaimi wins the Biggest Angpow of the Year and walks away with RM66,888 Lucky winner En. Sohaimi and Roland Ooi, Marketing & Sales Director of VPCM

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply