ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

Peugeot 208 GTi kini kembali!

Views

Peugeot_208_GTI Rogue Red

Info dan gambar daripada Arish Qutb Ahmad Khan

Peugeot 208 GTi kini telah kembali! Nasim Sdn Bhd baru-baru ini memperkenalkan 208 GTi yang bakal menjadi pencabar terhebat dalam segmen hatchback kompak. 208 GTi baharu dikuasakan dengan enjin 1.6 liter dengan transmisi manual 6-kelajuan yang mampu menjana kuasa maksimum sehingga 200hp dengan kilasan maksimum 275Nm.

208 GTi membawa legasi model-model GTi sebelumnya dengan gaya rekaan yang menawan, sporty dan bergaya . Selain itu juga 208 GTi menyerlahkan kepakaran, inovasi dan minat yang mendalam Peugeot dalam dunia pemotoran dan ini menjadikan 208 GTi sebagai satu revolusi baharu dalam kelasnya.

“Cetusan idea penciptaan 208 GTi lahir daripada sambutan yang cukup memberangsangkan model-model terdahulu seperti 205 GTi, 206 GTi dan  207 GTi. GTi adalah lambang prestasi dan terknologi terunggul yang dibangunkan oleh Peugeot,” kata Ketua Pegawai Operasi Nasim Sdn Bhd, Datuk Samson Anand George.

208 GTi baharu diberi beberapa pembaharuan antaranya LED pada lampu penunjuk, skrin sentuh 7 inci dengan sistem navigasi, sambungan Bluetooth dan USB, bumbung suria, 6 beg udara dan sistem Smart Park Assist. Ciri-ciri keselamatan juga dipertingkatkan dengan kehadiran kawalan kestabilan, kawalan cengkaman, ABS, EBA, EBFD dan teknologi Electronic Stability Program (ESP).

Hanya dua pilihan warna ditawarkan untuk model Peugeot 208 GTi iaitu Digital White dan Rogue Red. Ia diletakkan dengan tanda harga RM139,888 (atas jalan termasuk insurans). Sempena dengan pelancaran Peugeot 208 GTi baharu, Nasim Sdn Bhd turut melancarkan pembukaan bilik pameran terbaru, Peugeot Old Klang Road yang berkeluasan 4,000 kaki persegi dengan kos pembinaan mencecah RM500,000.

Pembukaan cawangan terbaru ini dijangka mampu memberikan perkhidmatan untuk pelanggan disekitar Sri Petaling, Pantai Dalam dan kawasan sekitarnya. Cawangan yang ke-27 Peugeot ini juga turut dilengkapi dengan kemudahan Wi-Fi selain ruang pameran yang mampu memuatkan sehingga empat atau lima buah kereta dalam satu masa.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

14 Comments


  • the spec sheet is tremendous.
    fine thats no middle class car in here. just in our dream.

    but proton can make the dreams come true if satria neo is upped spec with 1.6cfe.
    the cfe powerplant is there, the gearbos is there, the upcoming 6 speed is nearly there,
    but there is something i dont understand.

    there the people who cant see this as a good potential.
    how dare,,,,,,,,,,,,


    • Errmm…rasanya Proton lebih tahu apa yg diorang bole n tak bole buat..
      benda ni bukan susah nk paham pun, dari sumber pekerja Proton pun depa dah buat packaging study engine CFE masuk body satria neo ni dah lama dah…
      ada a few issues… 1. sebab ada area xberapa clear yg memerlukan modifikasi pada body n bonet depan….yg xde benda la…issue kecik…
      tapi disebabkn problem ni timbul issue no.2, kos modifikasi body n tools utk produce parts body yg baru utk engine cfe ni menelan jutaan ringgit…. maka timbullah issue ketiga…3.Return of investment… memandangkan volume neo ni agak kecik maka ROI dia xbole justify….. maka sebab tula sampai skarang tak keluar Neo CFE ni….simple, its just business, nothing personnal..
      Moral of the story: modifikasi pomen bawah pokok lagi senang dilaksana daripada mass production dari kilang


      • I can still see the possibility, its the cfe engine block and component mated with sprintex supercharge plus vt3 cvt or 6speed mt,the use of cfe engine base its because its a stronger engine,

        And proven supercharger has already in, but i belive forced induction engine need to be stronger as well as a proper gearbox rationing set like 6mt or vt3 cvt 7 sp,

        Ok, now what more to say no..?


  • 200ps skang ni dah xde benda sangat la…
    kalo xmampu 140K pun bole pakai 200ps punya keta la…
    satria, civic bersepah yg lebih dari 200ps ni
    cuma lagi nk ada bnyak features moden tu maybe xdapat la…tapi kalo takat accessory macam GPS Navi, DVD player etc. tu bole je pasang aftermarket punya…nak body cantik mcm baru pun bole rebuild n buat spot weld balik….
    ada bajet 30K dah bole dapat satria yg cantik dalam luar dah…
    kalo nk civic kena bajet lebih sket aaa..menatang tu overprice sket..
    kalo bajet kasar sket, 50K bole dapat EVO4 original dah…nak pakai bodykit EVO5 or EVO6 pun bole…
    hehee…just sharing idea on how to save money (from spending more than 100K) n still get a fun car to drive…on and off track


  • Well according to fredo quite impossible to get the cfe intside satria neo,
    So we suggest a cfe engine base with sprintex SC mated to vt3 cvt or manual 6sp. I think this will be the perfect formula for a satria neo gti.

    SATRIA NEO GTI. so this will be less problematic, when modifications are concerened.
    Come what may, i really hope that proton take this opportunity to materialisze proton’s fans dream.


  • This is considered the cheapest alternative to the golf gti or focus st interm of acceleration time 0-100.
    Nearly 100k cheaper than those two, fine and if normally people considered a civic fd or fb as their sports car by malaysian interpetation but with the same price having the 208 gti is way sportier and way faster than fd or fb. I think malaysian should get a new perspective of what it means by a true sports car.

    Even the current honda shoud be aware with just by the suprima s who can perform just as good or batter.

    For a 3 dr hatch. I just beg proton can do someting at neo. 200+ NM of torque rating makes neo sporty enough.


    • Heheh. Sebagai pemilik FD tak la plak terasa pakai sport car. Rasa cam pakai family car ja. Untuk hantar ngan ambil anak sekolah jer. Tak pernah lagik la cucuk kereta lain. Tapi kalau dibagi pilihan samada ambil kereta ni atau FD, masih lagi pilih fd kerana bukan nak race pon.


  • i agree with fredo that we can have various car from the 90s with monstrous engine.
    but the chassis of the newer car like satria neo for example is more rigid.

    the car from the 90s, if we lift the car one point we found that door or third door a bit miss alligned by having a different sound or tone when closing the door, it indicates a body twist.

    no offence, but for me chassis rigidity is important as it may contribute to some batter safety factor. might hurt a bit in power to weight but so much the monster produce to those body weight ,it might be just a negligible amount.

    not that expert in this area but this is my opinion.

Leave a Reply