ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nak ke mana sempena musim cuti sekolah dan Hari Merdeka? – Waze bagi tips ini untuk anda!

Views

Tiada masa yang lebih sesuai berbanding bulan Ogos untuk menerokai Malaysia! Ketika rakyat Malaysia bersiap sedia untuk menyambut Hari Kemerdekaan ke-61 dan meraikan era baru dalam sejarah kita, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka untuk berkongsi warisan negara kita yang didapati di sekitar Kuala Lumpur.

Waze, aplikasi trafik dan navigasi berasaskan komuniti yang terbesar di dunia akan membantu anda mencari laluan yang lebih pantas dan melindungi keluarga anda dari bahaya dan kesulitan ketika di jalan raya.

Destinasi 1: Muzium Negara

Mulakan hari anda dengan lawatan ke Muzium Negara dan kongsi bersama anak-anak anda kisah-kisah sejarah semula jadi Malaysia, zaman kolonialnya dan budaya-budaya berbeza yang membentuk negara majmuk ini.

Destinasi 2: Dataran Merdeka

Kemerdekaan Malaysia dirasmikan di Dataran Merdeka dengan pengisytiharan rasmi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos, 1957. Kongsi kepentingan tapak bersejarah ini dan makna di sebalik perkataan “Merdeka” bersama anak-anak anda semasa anda bersiar-siar di sepanjang dataran ini.

Destinasi 3: Bangunan Sultan Abdul Samad

Tidak jauh dari Dataran Merdeka terletak Bangunan Sultan Abdul Samad, yang dindingnya menceritakan pelbagai kisah. Ia pada asalnya dibina sebagai pejabat pentadbiran kolonial British, dan ia juga pernah menempatkan Mahkamah-mahkamah Atasan Malaysia sebelum mereka dipindahkan ke Putrajaya.

Destinasi 4: Tugu Negara

Arca gangsa yang tinggi ini memperingati perjuangan untuk kebebasan yang berani semasa Perang Dunia Kedua dan Darurat Malaya. Anak-anak anda boleh mempelajari tentang pengorbanan ini yang dibuat untuk membantu menubuhkan Malaysia yang mereka alami pada hari ini.

Destinasi 5: Dewan Parlimen Malaysia

Jelaskan bagaimana undang-undang digubal di Malaysia ketika anda membawa anak-anak anda di persekitaran Parlimen Malaysia, badan perundangan tertinggi di Malaysia.

JOM BACA >> Geely Bin Rui Dan SX11 – Fakta Ringkas Bakal Dua Model Proton Masa Depan

Tip-tip Waze yang menyeronokkan untuk perjalanan Merdeka bersama anak-anak anda:

Tip pertama Waze:

“Belum sampai lagi?” Elakkan soalan yang paling menjengkelkan bagi para ibu bapa dengan Pemanduan Terancang Waze! Perayaan Merdeka di Putrajaya pada tahun ini merupakan peluang yang baik untuk menangani isu ini. Tahun ini merupakan kali pertama Dataran Merdeka tidak dipilih sebagai tempat perayaan Hari Merdeka, jadi elakkan kekeliruan dengan mencari maklumat lalu lintas terlebih dahulu menggunakan Waze.

Tip kedua Waze:

Biarkan anak-anak mengemudi anda! Tetapkan suara anak anda sebagai suara navigasi dengan membolehkan penyesuaian suara pada Waze. Cuma ketik Tetapan > Suara & bunyi > Panduan suara > Rakam suara baru.

Tip ketiga Waze:

Gunakan ciri Peringatan Anak di Waze jika ia sesuai dengan keperluan perjalanan anda. Ciri ini pertama kali dilancarkan untuk memaparkan peringatan bagi para ibu bapa agar mereka tidak melupakan anak-anak di dalam kereta sebaik sahaja tiba di destinasi. Para pengguna Waze boleh menetapkan peringatan untuk apa-apa sahaja sebaik sahaja mereka sampai ke destinasi: peringatan untuk makanan ringan dan air, ataupun sesuatu yang perlu mereka lakukan selepas perjalanan panjang.

Untuk menyesuaikan pemberitahuan ini, pergi ke Tetapan> Peringatan > Peringatan anak > Mesej khas.

Tip keempat Waze:

Luahkan perasaan anda di Waze! Pergi ke Menu > (Ketik) [nama anda] > Perasaan saya, dan biarkan anak-anak anda memilih avatar Waze anda untuk hari ini!

Rancang perjalanan cuti anda dengan Waze. Muat turunnya dari Google Play Store atau Apple App Store dan cuba setiap tip yang dikongsikan di atas. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.waze.com.

JOM BACA >> VIDEO : Mazda CX-3 2018 – Lebih Comel Dan Senyap Berita Automotif Ulasan Pandu Uji

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply