ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rapid Bus Sdn Bhd tubuh pasukan khas untuk tuntutan insurans

Views

Berikutan insiden yang membabitkan bas Rapid KL di AU2 Keramat yang tular di laman sosial malam tadi, Rapid Bus Sdn Bhd telah menubuhkan pasukan khas bagi mengendalikan tuntutan insurans. Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, En. Mohd Azam Omar berkata pemilik kenderaan yang berhasrat untuk mengemukakan tuntutan boleh menghantar tuntutan mereka bersertakan dokumen-dokumen yang berkaitan melalui e-mel ke alamat [email protected].

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi ini, En Mohd Azam mengesahkan bahawa bas yang terbabit dalam insiden di Jalan Enggang AU2 Taman Keramat malam tadi adalah dalam keadaan baik semasa digunakan. Berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat malam tadi, insiden berkenaan bermula apabila bas tersebut terlibat dalam satu kemalangan jalanraya kecil di Jalan Enggang AU2, di Taman Keramat.

JOM BACA >> Geely Bin Rui Dan SX11 – Fakta Ringkas Bakal Dua Model Proton Masa Depan

Kapten bas dilaporkan meneruskan perjalanan sambil dikejar oleh sekumpulan orang awam. Semasa dikejar bas tersebut dilaporkan melanggar beberapa kenderaan di sepanjang jalan sehingga tiba di susur keluar Jalan Ampang ke Lebuhraya MRR2 di mana kapten bas dilaporkan dipukul oleh beberapa orang awam.

En Mohd Azam berkata pihaknya amat kesal terhadap insiden yang berlaku dan sedang bekerjasama sepenuhnya dengan pihak polis dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyiasat insiden tersebut. Beliau berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sementara menunggu keputusan siasatan rasmi pihak polis. Kapten bas tersebut kini masih menerima rawatan di hospital. Tiada orang awam yang dilaporkan cedera semasa kejadian tersebut.

Sumber : Myrapid.com.my

JOM BACA >> VIDEO : Mazda CX-3 2018 – Lebih Comel Dan Senyap Berita Automotif Ulasan Pandu Uji

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply