ARKIB

KATEGORI

Buletin

NAZA KIA MALAYSIA BAKAL LANCAR GENERASI BAHARU SORENTO

Views

Front & Rear Shot

NAZA KIA Malaysia bakal memperkenalkan model generasi baharu SORENTO pada Hari Pelanggan KIA pada 16 dan 17 Mac ini. SORENTO juga merupakan model kedua diperkenalkan oleh NAZA KIA Malaysia pada tahun 2013 selepas pengenalan model Rio serba baru.

Generasi baharu SORENTO datang dengan reka bentuk baru, lebih banyak ciri-ciri mewah, pengendalian lebih baik, keselesaan yang dipertingkatkan dan spesifikasi keselamatan tertinggi. Model ini merupakan All-Wheel Drive (AWD) SUV dan dikuasakan oleh enjin 2.4 liter DOHC (DCVVT​​) Thetha II yang menyampaikan 176 PS dan 227 Nm tork dan dipadankan dengan transmisi automatik enam-kelajuan Manumatic (penukaran gear seperti manual).

Front & Rear Shot

Ciri-ciri premium yang ada pada model ini termasuklah butang penghidup dengan kunci pintar, ruang dalaman kemasan kulit, Bluetooth, AUX, iPod dan fungsi USB, pemain radio/CD/MP3 dengan enam pembesar suara, stereng kuasa, kawalan audio pada kolum stereng, cermin dilipat secara elektronik dan tombol gear dibalut kulit .

SORENTO mempunyai kerangka badan ketegaran tinggi, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Hill Assist Control (HAC), ABS dan enam beg udara. Ditawarkan dengan pilihan warna yang menarik seperti Snow Pearl White, Bright Silver, Glittering Metal dan Mahogany Brown, harga atas jalannya kekal tidak berubah dari model sebelumnya pada RM158, 888 dan datang dengan jaminan selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had.

Info daripada Arish Qutb Ahmad Khan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply