ARKIB

KATEGORI

Buletin

Naza KIA Malaysia bakal perkenal Sportage dan Sorento generasi baharu

Views

Perang SUV kini semakin hangat! Menurut maklumat yang terkini yang baharu diperolehi, Naza KIA Malaysia dijangka memperkenalkan dua model SUV, generasi baharu Sportage dan Sorento pada bulan Mei ini. Sportage serba baharu tampil dengan rekabentuk yang lebih moden dengan rekaan hadapan yang seakan model Porsche Macan.

Namun kami tidak pasti versi enjin apakah yang akan dibawa masuk ke sini kerana Sportage mempunyai beberapa pilihan enjin petrol dan diesel berkapasiti dari 1.6 sehingga 2.0 liter. Untuk model Sorento pula, SUV tujuh-tempat duduk ini bakal didatangkan dengan dua pilihan enjin iaitu diesel 2.2L dan petrol 2.4L, dengan tiga varian kesemuanya.

Selain itu, Naza KIA Malaysia juga dikhabarkan bakal membawa masuk model SUV hibrid KIA Niro pada tahun hadapan. Kami akan cuba mendapatkan informasi lebih lanjut mengenai ketiga-tiga model SUV ini. Tunggu!

KIA Sportage

kia-sportage-1 kia-sportage-6 kia-sportage-5 kia-sportage-4 kia-sportage-3 kia-sportage-2

KIA Sorento

2015-kia-sorento-to-debut-at-paris-motor-show-21 2015-kia-sorento-to-debut-at-paris-motor-show-24 2015-kia-sorento-to-debut-at-paris-motor-show-26 2015-kia-sorento-to-debut-at-paris-motor-show-27

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply