ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis New South Wale, Australia guna Lexus RC F sebagai kereta peronda

Views

Selepas Polis Victoria menerima Mercedes-AMG GLE 63 Coupe beberapa minggu yang lalu, kini rakan setugas mereka di South Wale (NSW) Australia pula menerima Lexus RC F yang bakal digunakan sebagai kereta peronda. Digelar sebagai “Senjata baharu paling mujarab dalam gudang senjata” ia bukan sahaja digunakan sebagai kereta peronda, tetapi ia juga bakal memainkan peranan untuk kempen bergerak yang mempromosikan keselamatan jalan raya.

Selain itu, coupe dua-pintu berprestasi tinggi ini telah menghadiri acara perlumbaan Bathurst Six Hour pada minggu lalu sebagai kenderaan kawalan perlumbaan untuk membuka dan menutup litar sebelum dan selepas perlumbaan. Ia juga akan digunakan semasa acara sukan permotoran yang lain.

Walaupun kini mempunyai Mercedes-AMG GLE 63 Coupe dan Lexus RC F, Jabatan Polis Australia masih lagi jauh ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan pasukan Polis Dubai yang menggunakan supercar paling mahal, berkuasa dan terhad dalam industri automotif. Polis DiRaja Malaysia bila pula nak pakai Lotus Evora 400 sebagai kereta peronda kan?

lexux-rc-f-australia-nsw-police-4 lexux-rc-f-australia-nsw-police-1 lexux-rc-f-australia-nsw-police-3 lexux-rc-f-australia-nsw-police-2

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply