ARKIB

KATEGORI

Buletin

Naza Kia Malaysia perkenal Rio Sedan X

Views

Naza Kia Malaysia, memperkenalkan varian baharu sedan saiz-pertengahan Rio Sedan X yang disasarkan kepada golongan muda dan bergaya yang mencari kenderaan yang sesuai dengan gaya hidup mereka.

“Rio Sedan X melonjakkan evolusi Rio dengan aksesori tambahan yang menandakan menggambarkan kecanggihan estetikal dan teknologi. Kami mensasarkan jualan melebihi
1,400 unit Rio Sedan untuk menyumbang kepada prestasi jualan Naza Kia Malaysia pada 2016 dengan sasaran lebih 6,100 unit jumlah jualan,” kata Dato ‘Samson Anand George, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings.

Antara ciri-ciri menarik pada Rio Sedan X termasuklah:
– Kit badan yang sporty (termasuk skirt depan, sisi, belakang dan spoiler belakang).
– Tempat duduk dengan kemasan kulit ekslusif.
– Sistem infohiburan multimedia dengan kamera undur dengan paparan skrin LCD bersaiz 7-inci. Fungsi MirrorLink membolehkan telefon pintar yang serasi untuk memaparkan dan mengawal aplikasi pada skrin. Sistem ini boleh mengesan telefon pintar yang menggunakan platform IOS atau Android.

Kia Rio Sedan X rear

Jeriji ‘Tiger Nose’ kini menampilkan corak geometrik yang kini terdapat pada model Kia yang lain. Bahagian bamparnya pula dilengkapi lampu kabus dengan kemasan satin dan lampu nyalaan siang LED.

Ruang dalaman menampilkan bahan berkualiti tinggi dan dilengkapi stereng teleskopik dengan butang kawalan audio, Bluetooth dan sistem audio yang disambungkan dengan enam pembesar suara bersama tweeter.

Dari segi pratikaliti, tempat duduk belakang Rio Sedan X boleh direbahkan 60:40, sekaligus menjadikan kapasiti ruang penyimpanan 389 liter bertambah 35 peratus. Rio Sedan X dijana oleh enjin Gamma 1.4 MPI DOHC CVVT yang menghasilkan 109 PS dan 137 Nm tork, dipadankan dengan transmisi empat-kelajuan automatik. Sebagai tambahan, ia turut dilengkapi stereng kuasa elektrik digerakkan oleh motor yang membantu menjimatkan petrol sehingga tiga peratus.

Kia Rio Sedan X Interior (3)

Dari segi keselamatan, Rio Sedan X dilengkapi dengan enam beg udara, empat-brek cakera, sistem ABS, sistem pemantauan tekanan tayar dan ESC. Ia turut dilengkapi dengan sistem pengurusan stabiliti (VSM), bantuan mendaki (HAC) dan sensor parkir belakang. Antara ciri-ciri lain termasuklah penggunaan keluli berkekuatan tinggi (HTS), ISOFIX, tingkap kuasa dan sistem kemasukan tanpa kunci.

Rio Sedan X ditawarkan dengan pilihan empat warna menarik Bright Silver, Signal Red, Deep Blue dan Clear White. Harga bagi model ini ialah RM77,888 dengan disertakan jaminan lima tahun tanpa jarak perbatuan (mengikut terma dan syarat).

Anda boleh melihat model ini dengan lebih dekat di siri jelajah Kia Test Drive on Tour pada 23hb Mac sehingga 27 Mac di pusat membeli-belah 1 Utama, Petaling Jaya. Model-model lain seperti Kia Cerato Koup, Kia Cerato 2.0, Kia Optima K5 dan Kia Sportage akan turut dipamerkan.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments


    • tula…masa zaman kia sephia, proton zaman waja…majalah buat perbandingan, sephia mmg ketinggalan berbanding waja. lepas tu kia spectra..pun biasa2 je.

      tak sangka kia sudah jauh maju di depan.


    • pernah terbaca artikel pendek beberapa thn lepas mengenai prestasi & kemajuan barangan jenama dari korea (automotif & elektronik) berbanding 20 thn lepas:
      1. rakyat korea sentiasa berbangga dan ‘support’ barangan keluaran negara mereka walaupun mereka tahu kualiti agak rendah.
      2. harga jualan untuk rakyat korea begitu murah (‘rakyat didahulukan’…)
      3. kerajaan korea sangat ‘gila membantu’ syarikat2 tempatan dalam kemajuan teknologi.
      4. hanya ingat 3 di atas….

Leave a Reply