ARKIB

KATEGORI

Buletin

Genesis New York Concept sedan sports hibrid bakal pencabar BMW 3-Series

Views
Genesis New York Concept 1

Inilah dia Genesis New York Concept yang akan memperlihatkan halatuju rekabentuk model pengeluaran G70. Menampilkan garis rekabentuk yang sama dengan G90 dan G80, ia dikatakan bakal menjadi seteru utama kepada BMW 3-Series dan kereta jenama lain dalam kelasnya.

Namun begitu, pengeluar kereta dari Korea Selatan ini tidak berminat untuk mendedahkan rancangan masa depan mereka lagi dan hanya memberi tumpuan kepada reka bentuk luaran model kajian tersebut. Ia hanya diterjemahkan melalui perkataan seperti “mewah” dan “moden”, selain elemen gaya rekaan “Elegan Atletik” yang pernah dipertontonkan oleh model Vision G Concept.

Bentuk badan Genesis New York Concept tampil lebih menyerlah dengan warna Ceramic Blue. Rekannya hudnya agak panjang, jeriji depan rekaan menegak yang menonjol dan disokong oleh lampu depan yang mendatar, unjuran depan yang agak pendek, unjuran belakang yang lebih panjang, dek belakang rendah yang anggun serta lampu belakang dengan rekaan tipis memanjang.

New-Genesis-New-York-Concept_07

Ruang dalamannya pula dilengkapi unit kawalan informasi beserta paparan beresolusi 4K yang melengkung dengan skrin terapung bersaiz 21-inci buatan LG. Ia memaparkan instrumen pemandu dan fungsi multimedia, selain instrumen analog klasik untuk pemandu dan stereng dengan rekaan terbuka di bahagian tengah.

Menambahkan lagi kemewahan ruang dalamannya, New York Concept dibalut kulit sepenuhnya dengan kemasan antrasit yang kontras dengan kulit pada pintu dan kerusi serta tambahan lapisan kulit suede pada penyandar kepala. Kemasan tembaga dan aluminum juga turut digunakan, manakala konsep Human Machine Interface (HMI) telah “ditetapkan sebagai standard baharu untuk pengalaman pengguna dan fungsi kawalan”.

Genesis tidak memberi sebarang maklumat lanjut mengenai penjana hibrid yang digunakan, kecuali penggunaan enjin 2.0 GDi yang digabungkan bersama transmisi automatik 8-kelajuan. Gandingan enjin 2.0 GDi bersama transmisi automatik 8-kelajuan ini mampu menjana jumlah output sebanyak 242 HP dengan 353 Nm.

Making Of Genesis New York Concept

New-Genesis-New-York-Concept_17 New-Genesis-New-York-Concept_15 New-Genesis-New-York-Concept_10 New-Genesis-New-York-Concept_08 New-Genesis-New-York-Concept_09 New-Genesis-New-York-Concept_12 New-Genesis-New-York-Concept_11 New-Genesis-New-York-Concept_07 New-Genesis-New-York-Concept_01 New-Genesis-New-York-Concept_03 New-Genesis-New-York-Concept_04 New-Genesis-New-York-Concept_05

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply