Sempena Hari Polis minggu lalu, Naza Kia Malaysia telah menyerahkan kunci Kia Sorento serba baharu kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah menerima replika kunci kenderaan tersebut yang telah disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, En. SM Nasarudin dalam satu majlis bertempat di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Turut hadir sama dalam majlis tersebut adalah Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza World, Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Naza TTDI Sdn Bhd, En. SM Faliq Tan Sri SM Nasimuddin, dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Kumpulan Automotif Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, Datuk Samson Anand George.
Kia Sorento dengan ciri ciri keselamatan terbaik dalam kelasnya dan direka untuk perlindungan maksimum, dilengkapi dengan enam beg udara, Pengurusan Kestabilan Kenderaan (VSM), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-kunci (ABS) dan Kawalan Bantuan Mula Mendaki (HAC). Varian diesel Kia Sorento dilengkapi dengan enjin R 2.2 CRDi yang mampu menjana 200 PS dan 441.3 Nm daya kilas serta dipadankan dengan transmisi enam-kelajuan automatik.
Model ini juga mendapat penarafan lima bintang dari Euro NCAP dan NHTSA NCAP selain menerima anugerah Top Safety Pick dari IIHS. Ia turut mendapat pengiktirafan ranking tertinggi bagi SUV saiz sederhana dari JD Power, SUV Keluarga Terbaik dari Anugerah Kereta Terbaik Australia, Kereta Tahunan di Anugerah Kereta Tahunan CarsGuide dan SUV Tahunan Antarabangsa di Anugerah Kereta Tahunan Antarabangsa (ICOTY) dari Majalah Road & Travel
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI