ARKIB

KATEGORI

Buletin

Projek “Polo P” Volkswagen bakal latih pemandu ilmu dan kemahiran memandu

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan projek “Polo P” yang bermatlamat untuk mendidik dan memperkasakan pemandu baharu dengan kemahiran dan ilmu untuk sentiasa selamat semasa di jalan raya.  Projek “Polo P” ini akan berlangsung di kampus kolej dan universiti yang terpilih dan sepanjang kursus pada hujung minggu itu, peserta akan diajar asas penyelenggaraan kereta, visual titik pemeriksaan, cara duduk dan posisi stereng dengan betul, pemanduan berhemah yang merangkumi brek kecemasan dan kursus slalom.

Semua latihan memandu akan menggunakan model Volkswagen Polo 1.6L hatchback yang dijana oleh enjin 1.6-liter dengan gandingan transmisi enam-kelajuan automatik dengan Tiptronic, yang bakal memberikan keterujaan dan keseronokan memandu menerusi daya kilas maksimum 153Nm, serta penjimatan bahan api yang hanya sekitar 6.3L untuk setiap 100km. Projek “Polo P” akan bermula hujung minggu ini di kampus UTAR (Universiti Tunku Abdul Rahman) Sg Long. Tarikh dan lokasi kampus adalah seperti dibawah:

Tarikh/MasaLokasi
25 & 26 MacKampus UTAR Campus, Sungai Long
8 & 9 AprilNilai University, Seremban
8 & 9 JulaiKampus Taylor’s University Lakeside, Subang Jaya
19 & 20 JulaiSunway College, Johor Bahru

Untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat terkini lokasi Projek “Polo P” yang seterusnya sila layari www.volkswagen.com.my atau hantarkan pesanan peribadi (private message) di laman Facebook Volkswagen.

KLIK UNTUK BESARKAN

Polo P

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply