ARKIB

KATEGORI

Buletin

Next Bike lancar dua varian baharu Ducati Scrambler di Art of Speed 2017

Views

Sempena penganjuran edisi ke-6 Art of Speed hujung minggu lalu, Next Bike Sdn Bhd, telah memperkenalkan dua varian baharu Ducati Scrambler – Café Racer dan Desert Sled. Ducati Scrambler bukan sekadar motosikal, ia merupakan kreativiti jenama, ekspresi diri dan perkongsian emosi positif. Kecuali varian Sixty2 yang menggunakan enjin 400cc, varian Icon, Classic dan Full Throttle dilengkapi enjin 803cc L-Twin Desmodromic yang menjana 73 hp pada 8,250 rpm dan 67 Nm pada 5,750 rpm.

Ducati Scrambler Café Racer

Varian ini merupakan interpretasi Scrambler yang mencipta revolusi dalam dunia motosikal. Warna ‘Black Coffee’ pula menggamit memori tahun 60an. Tangki minyak berbentuk air mata dikombinasikan bersama pelana baharu yang direka khas dan dilengkapi dengan penutup pelana untuk pembonceng.

Ciri-ciri menarik Ducati Scrambler Café Racer

  • Cermin sisi dipasang pada palang hendal
  • Ekzos Termignoni dengan penyenyap berkembar
  • Lampu hadapan di bahagian fairing
  • Pemegang nombor di bahagian sisi
  • Tayar Pirelli Diablo™ Rosso II dengan rim aluminium bersaiz 17 inci

Ducati Scrambler Cafe Racer dijual pada harga RM68,899.00 termasuk GST.

Ducati Scrambler Desert Sled

Ducati Scrambler Desert Sled pula merupakan versi enduro yang diinspirasikan dari motosikal off-road yang mencipta sejarah di Aerika Syarikat pada era 60an dan 70an. Nama Desert Sled merujuk kepada motosikal standard yang berkapasiti lebih 500 cc yang diubahsuai oleh penunggang untuk digunakan di kawasan gurun California dengan tayar yang berongga, suspensi yang diperkuatkan, roda berjejari dan plat pelindung enjin yang melindungi motosikal dari serpihan laluan gurun.

Ciri-ciri menarik Ducati Scrambler Desert Sled

  • Kedudukan pelana yang lebih tinggi
  • Kerangka yang diperkuat
  • Suspensi yang boleh dilaras sepenuhnya
  • Pelindung enjin
  • Tayar Pirelli ScorpionTM Rally STR dengan rim aluminium bersaiz 19 inci di hadapan dan 17 inci di belakang.

Ducati Scrambler Desert Sled dijual pada harga RM68,899.00 termasuk GST.

KLIK UNTUK BESARKAN

Ducati Scrambler Café Racer

Ducati Scrambler Desert Sled

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply