ARKIB

KATEGORI

Buletin

Goodyear lancar tayar SUV mewah – EfficientGrip Performance SUV

Views

Bertempat di Buriram, Thailand, Goodyear telah melancarkan tayar terbaharu khusus untuk segmen SUV mewah, EfficientGrip Performance SUV. Tayar ini direka mengikut kehendak pelanggan dan ia menjanjikan pengalaman pemanduan yang lebih senyap dengan keselesaan maksimum dan prestasi membrek ketika jalan basah yang sangat luar biasa.

Apa kelebihan tayar EfficientGrip Performance SUV?

  • Teknologi QuietTred – Rekabentuk bunga tayar dengan peredam bunyi yang inovatif memberikan prestasi kesenyapan yang unggul.
  • Bentuk tapak yang dipertingkatkan menjadikannya kurang gegaran dan tahan lebih lama.
  • Teknologi FlexContact – lapisan kusyen penyerap hentakan bersama formulasi optima yang menjanjikan pemanduan yang lebih selesa.
  • Dilengkapi manik berbentuk heksagon yang inovatif untuk mempertingkatkan lekapan pada rim sekaligus mengurangkan gegaran.
  • Dilengkapi dengan polimer baharu yang inovatif dari Jerman yang meningkatkan cengkaman dalam keadaan jalan basah.
  • Mempunyai blok bahu yang lebih lebar dan diperkuat untuk memberikan jarak membrek yang lebih pendek.
  • Ditawarkan dalam pilihan saiz bermula dari 17 inci sehingga 20 inci

Goodyear EfficientGrip Performance SUV akan dipasarkan di outlet Goodyear Autocare atau Servitekar dan juga pengedar Goodyear seluruh negara bermula dari bulan Oktober 2017. Untuk maklumat lanjut mengenai Goodyear EfficientGrip Performance SUV dan tayar Goodyear yang lain, layari laman sesawang rasmi Goodyear Malaysia – http://www.goodyear.com.my/, atau cari laman Facebook rasmi Goodyear Malaysia – https://www.facebook.com/GoodyearMalaysia

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply