ARKIB

KATEGORI

Buletin

Brosur Mitsubishi Xpander bocor, sahkan nama sebenarnya!

Views

Akhirnya, nama MPV generasi baharu Mitsubishi untuk pasaran Indonesia dan ASEAN yang telah diperkenalkan baru-baru telah terbongkar. MPV ini dinamakan sebagai Xpander, seakan nama gelarannya sebelum ini iaitu Expander. Xpander bakal dipamerkan pada Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) yang bermula 10 Ogos 2017. Digelar sebagai ‘MPV sejuta umat’ di Indonesia, model ini bakal berentap dengan Toyota Avanza, Suzuki Ertiga, Honda BR-V, Daihatsu Xenia dan beberapa model lagi apabila ia dilancarkan.

Apa yang menarik mengenai Mitsubishi Xpander?

  • Dikuasakan oleh enjin petrol 4G91 16-injap 1.5-liter MIVEC empat-silinder, yang menjana 103 hp pada 6,000 rpm dan 141 Nm tork pada 4,000 rpm.
  • Dua pilihan transmisi – lima-kelajuan manual dan empat-kelajuan automatik.
  • Tujuh tempat duduk.
  • Dimensi – 4,475 mm panjang, 1,750 mm lebar dan 1,700 mm tinggi.
  • Lega tanah 205 mm.
  • Menggunakan topang Macpherson dihadapan dan torsion beam di belakang.
  • Lampu Nyalaan Siang LED (DRL).
  • Lampu belakang LED.
  • Rim aloi bersaiz 16 inci.
  • Sistem kemasukan tanpa kunci.
  • Sistem infotainmen dengan skrin sentuh.
  • Tempat duduk baris kedua boleh dilipat 60:40 manakala tempat duduk baris ketiga boleh dilipat 50:50.

Sumber : Otospirit.com

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply