ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Vios baharu diperkenal, kini mendapat status EEV

Views

Raja sedan bukan tempatan, Toyota Vios kini kembali dan dipertingkatkan! Ia baharu sahaja diperkenalkan hari ini dan telah mendapat pengiktirafan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Ini sekaligus menyaksikan penurunan tanda harganya dari RM1,400 sehingga RM3,600. Paling menarik adalah kehadiran enjin baharu 2NRFE 1.5L Dual VVT-i menggantikan jantung lama 1NZ-FE VVT-i, namun varian Toyota Vios 1.5J transmisi manual lima-kelajuan masih mengekalkan enjin lama. Bukan itu sahaja transmisi automatik lama empat-kelajuan telah digantikan dengan transmisi CVT baharu dengan tujuh-kelajuan.

Kombinasi enjin dan transmisi baharu ini berjaya menawarkan penjimatan bahan api sehingga 18 peratus berbanding model terdahulu. Dengan CVT baharu, Vios mampu mengeluarkan kuasa sebanyak 107PS pada 6,000rpm dan tork puncak 140Nm  pada 4,200rpm. Ia bagaimanapun mengalami sedikit penurunan kuasa dan tork berbanding model dahulu namun ia lebih menjimatkan bahan api.

trd-sportivo-variant-dashboard

Dari segi kosmetik, ia tidak melibatkan perubahan yang sangat ketara dan hampir sama sahaja dengan model sebelumnya. Ada beberapa perubahan dan penambahbaikan telah dibuat pada model ini antaranya ialah lampu nyalaan siang LED, jeriji krom dan lampu projektor berwarna gelap, kit badan baharu, rim aloi 15-inci rekaan baharu, emblem X untuk varian Vios 1.5GX dan sistem audio dengan skrin sentuh bersaiz 6.8-inci yang dilengkapi dengan kamera undur.

Dari segi keselamatan, Vios baharu kini dilengkapi dengan Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) untuk kesemua varian. Selain itu ia turut dilengkapi dengan dua beg udara, Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan ISOFIX. Untuk kuasa membrek lebih baik, brek cakera belakang kini dipasang pada varian Vios 1.5 TRD Sportivo, 1.5GX dan 1.5G.

Pelanggan yang membeli varian Vios 1.5E & 1.5J diberi dua pilihan untuk filem penapis haba, Toyota Essential Solar Film untuk melindungi dari panas mentari dan diberi waranti selama tujuh tahun. Satu lagi pilihan filem penapis haba adalah Toyota Premium Security & Solar yang lebih kuat untuk memastikan keselamatan Vios kesayangan anda daripada kecurian.

gx-car-image

Vios baharu kini diberi waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan. Harga yang ditetapkan mengikut varian adalah seperti berikut :

  • Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo – RM96,400
  • Toyota Vios 1.5GX (varian baharu) – RM92,800
  • Toyota Vios 1.5G – RM89,800
  • Toyota Vios 1.5E – RM83,900
  • Toyota Vios 1.5J CVT – RM79,800
  • Toyota Vios 1.5J Manual – RM76,500

Kunjungi bilik pameran Toyota yang terdekat untuk melihat dan memandu uji model ini dengan segera!

VSC NEWHEARNEWBEAT cvt-with-7-speed Image converted using ifftoany gx-beauty-shot gx-variant-dashboard gx-rim gx-interior gx-car-image g-variant-dashboard trd-sportivo-meter trd-sportivo-rim trd-sportivo-seat trd-sportivo-variant-dashboard trd-sportivo-beauty-shot

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply