Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah melancarkan model MPV tujuh-tempat duduk Nissan Serena S-Hybrid 2018 secara rasmi untuk pasaran tempatan semalam. Hanya dua varian ditawarkan, iaitu Highway Star dan Premium Highway Star yang dijual pada harga RM135,500 dan RM147,500 (harga atas jalan tanpa insurans).
Apa yang membezakan varian Premium Highway Star dengan Highway Star adalah cat badan dwi-tona dengan tiga pilihan kombinasi warna seperti Imperial Umber (bumbung)/Cashmere Gold (badan), Diamond Black (bumbung)/Tungsten Silver (badan) dan Diamond Black (bumbung)/Brilliant White (badan).
Nissan Serena S-Hybrid serba baharu dikuasakan oleh enjin 2.0L (MR20DD) Twin CVTC (Continuously Variable-valve Timing Control) yang dipadankan dengan transmisi XTRONIC CVT (Continuously Variable Transmission) bersama ciri Adaptive Shift Control (ASC). Output maksimum kuasanya kini sebanyak 150PS / 6,000rpm dan tork 200Nm / 4,400rpm. Penggunaan Dual Arm Tensioner (DAT) berfungsi melegakan sedikit tekanan ke atas arm belt untuk mengurangkan kehilangan kuasa, mengurangkan geseran dan meningkatkan penjimatan bahan api.
Antara ciri-ciri menarik Nissan Serena S-Hybrid 2018 adalah:
- Sistem S-Hybrid dengan motor ECO mengawal sistem Idling Stop, selain menawarkan bantuan tork tambahan ketika memulakan perjalanan. Ia juga bertindak sebagai alternator untuk memudahkan urusan pemulihan semula tenaga ketika membrek dan kenderaan diperlahankan.
- Intelligent Around View Monitor (I-AVM) yang pertama dalam kelasnya – menggunakan empat unit kamera yang menyediakan pandangan 360° kenderaan dari atas untuk memudahkan urusan navigasi.
- Intelligent Moving Object Detection (I-MOD) – mengesan dan memberi amaran kepada pemandu tentang objek-objek yang bergerak di sekeliling kenderaan.
- Intelligent Driver Alertness (I-DA) – membantu memberi amaran ke atas pemanduan yang tidak fokus dan mengantuk.
- Ketersambungan telefon pintar melalui Apple CarPlay™ dan Android Auto™. Jadi, pemandu boleh kekal fokus di atas jalan dan pada masa yang sama boleh mendapatkan arahan navigasi, menerima dan membuat panggilan, mendengar dan menjawab mesej serta memainkan muzik menggunakan arahan suara.
Nissan Serena S-Hybrid didatangkan dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan. Sempena pengenalannya, ia turut ditawarkan dengan promosi Servis Penyelenggaraan selama tiga tahun/60,000 km (yang mana terdahulu). Selain itu, 500 unit terawal yang didaftarkan bakal menerima kotak pendingin mudah alih Terzo oleh PIAA, bernilai RM500.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai model ini, jom tonton video “Walkaround” di atas yang telah editor kami sediakan untuk anda.
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI