ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sebastien Loeb menang di Belgium, dua podium milik pasukan Peugeot

Views

Pemandu pasukan Peugeot Total yang memandu jentera rali Peugeot 208 WRXSebastien Loeb telah berjaya mengungguli pusingan ketiga Kejohanan Ralicross Dunia FIA yang berlangsung di Belgium. Petter Solberg yang mewakili pasukan PSRX Volkswagen dengan memandu jentera Volkswagen Polo R Supercar menduduki tempat kedua, manakala Timmy Hansen melengkapkan hari gemilang pasukan Peugeot Total dengan menduduki tempat ketiga.

Mattias Ekstrom dari pasukan EKS Audi Sport menamatkan perlumbaan di tempat keempat dan berjaya mengatasi pendahulu kejohanan Johan Kristoffersson dari pasukan PSRX Volkswagen Sweden di tangga kelima. Andreas Bakkerud dari pasukan EKS Audi Sport pula menduduki tempat keenam. Kesemua enam pasukan tetap World RX berjaya melaykkan diri ke separuh akhir.

Dalam Kejohanan Ralicross Eropah FIA untuk kategori Supercar, juara bertahan Anton Marklund berjaya memenangi perlumbaan pertamanya musim ini. Pemenang pusingan pertama, Reinis Nitiss menduduki tempat kedua dan juara bertahan Siri Kejohanan Antarabangsa RX2, Cyril Raymond melengkapkan penampilannya dam kategori tersebut dengan menduduki tempat ketiga.

Ben-Philip Gundersen pula berjaya memenangi pusingan pembukaan Siri Kejohanan Antarabangsa RX2 manakala Sondre Evjen di kedudukan kedua, dan Henrik Krogstad melengkapkan kedudukan podium di tangga ketiga. Pusingan pertama Kejohanan Ralicross Eropah FIA untuk kategori TouringCar dimenangi oleh Fredrik Salsten yang memandu jentera Citroen DS3 mengatasi Steve Volders dan Juara TouringCar 2014, Daniel Lundh yang berada di tempat kedua dan ketiga.

Volders kini menerajui kedudukan kejohanan tersebut. Saingan di Belgium berjaya menarik 27,000 peminat dan selepas ini kehangatan saingan akan diteruskan di Silverstone dua minggu dari sekarang. Ia juga merupakan sebahagian daripada Festival Speedmachine yang berlangsung pada 25 Mei hingga 27 Mei 2018.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply