ARKIB

KATEGORI

Buletin

NxGV Challenge 2025 sumbang kepada dasar EV negara

Berita Tempatan

Views

Buat julung kalinya, NxGV Challenge 2025 telah menghimpunkan 10 institusi pengajian tinggi dari seluruh negara dalam satu acara berprestij yang bertujuan menyumbang kepada pembentukan dasar kenderaan elektrik (EV) negara.

Bertempat di litar APD, MAEPS Serdang, acara ini menyaksikan para pelajar dan pensyarah membina kenderaan EV ala go-kart ciptaan sendiri sebelum mengujinya di trek.

Lebih penting lagi, hasil kajian dan inovasi daripada projek ini bakal dijadikan rujukan utama kerajaan dalam merangka dasar pembangunan EV yang bersesuaian dengan keperluan dan keadaan unik Malaysia.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, Perodua selaku rakan strategik utama amat menghargai penyertaan institusi pendidikan tinggi yang terlibat.

“Penemuan dan hasil kajian para peserta ini sangat penting bagi merangka dasar EV yang realistik dan berdasarkan pada realiti Malaysia,” katanya.

NxGV Challenge 2025 merupakan inisiatif kerjasama antara Perodua, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) serta Persatuan Jurutera Automotif Malaysia (SAEM).

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Bermula sejak Disember 2024, sebanyak 15 institusi diundang untuk mengambil bahagian, terdiri daripada universiti awam, politeknik dan kolej swasta sebelum 10 pasukan terbaik terpilih ke peringkat akhir.

“Acara ini bukan sekadar pertandingan. Ia adalah manifestasi komitmen Perodua di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) untuk memacu agenda EV negara,” jelas Datuk Sri Zainal lagi.

Sebagai pengeluar kereta nasional, Perodua menggalas tanggungjawab besar untuk memacu penyertaan institusi tempatan dan keseluruhan ekosistem automotif dalam peralihan teknologi hijau ini.

NxGV Challenge 2025 bukan sekadar medan inovasi, tetapi juga titik mula kepada pembentukan generasi jurutera dan polisi EV Malaysia yang lebih mapan dan berdikari.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply