Ini berita baik bagi pengguna kenderaan Proton! Operasi tujuh (7) hari di pusat-pusat servis 3S dan 2S terpilih bakal bermula berkuatkuasa esok (6 Ogos 2016). Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk mengutamakan pelanggan dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan selepas jualannya.
Operasi selama tujuh (7) hari ini bertujuan untuk mengurangkan tempoh menunggu pelanggan untuk kereta mereka dibaiki dan memberikan lebih pilihan untuk mereka menghantar kereta bagi tujuan servis dan penyelenggaraan pada hujung minggu.
“Sebelum ini kita memulakan operasi selama tujuh (7) hari di pusat-pusat servis yang terpilih hanya untuk perkhidmatan servis biasa dan waktu operasi terhad sehingga pukul 12 tengahari pada hari minggu. Tetapi sekarang, kami telah melanjutkan waktu operasi pada hari Ahad iaitu sehingga jam 5 petang. Yang lebih penting, kami juga membenarkan tuntutan jaminan dilakukan pada hujung minggu di mana sebelum ini hanya boleh dilakukan pada waktu bekerja sahaja,” kata Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.
Bermula 6 Ogos 2016, sembilan (9) pusat servis akan menyediakan perkhidmatan tujuh (7) hari . Antara cawangan-cawangan yang terpilih adalah Plentong, Johor Bahru; Peringgit, Melaka; Senawang, Seremban, Negeri Sembilan; Temerloh, Pahang; Alor Setar, Kedah; Jalan Tunku Abdul Rahman, Ipoh, Perak; Juru, Seberang Prai, Pulau Pinang; Mutiara Damansara, Petaling Jaya dan Pusat Kecemerlangan Proton di Subang, Selangor.
Mulai 1 Oktober 2016, penambahan 14 lagi pusat servis akan menyusul dan empat (4) cawangan seterusnya akan mula memberikan perkhidmatan yang sama pada 1 Disember 2016. Waktu perniagaan akan bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, dari Isnin hingga Ahad. Untuk memastikan kekosongan slot bagi servis, pelanggan dinasihatkan untuk membuat temujanji di cawangan-cawangan ini, temujanji secara ‘walk in’ juga sangat dialu-alukan. (lihat jadual di bawah).
Proton juga telah telah melaksanakan kajian semula harga bagi alat-alat ganti terpilih termasuk pengecas turbo, ECU dan himpunan transmisi berkuatkuasa 1 Ogos 2016. Ia bertujuan untuk menggalakkan pelanggan menggunakan alat ganti tulen dan membantu memperbaiki kos pemilikan kereta-kereta Proton. Pengurangan harga bagi alat-alat yang terlibat adalah sekitar 12%-30%.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan Proton di 1800 888 398 atau emel kepada kami di [email protected]. Pelanggan juga boleh melayari www.proton.com atau laman Facebook rasmi kami di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial.
Fasa 1: Berkuatkuasa 6 Ogos 2016 (9 Pusat Servis)
Negeri | Cawangan |
Johor | Proton Edar Plentong, Johor Bahru |
Melaka | Proton Edar Peringgit |
Negeri Sembilan | Proton Edar Senawang, Seremban |
Pahang | Proton Edar Temerloh |
Kedah | Proton Edar Alor Setar |
Perak | Proton Edar Jalan Tunku Abdul Rahman, Ipoh |
Pulau Pinang | Proton Edar Juru, Seberang Prai |
Selangor | Proton Edar COSE, Subang Jaya |
Proton Edar Mutiara Damansara, Petaling Jaya |
Fasa 2: Berkuatkuasa 1 Oktober 2016 (14 Pusat Servis)
Negeri | Cawangan |
Johor | Proton Edar Larkin, Johor Bahru |
Proton Edar Muar | |
Proton Edar Kluang | |
Proton Edar Batu Pahat | |
Melaka | Proton Edar Bachang |
Terengganu | Proton Edar Kuala Terengganu |
Kelantan | Proton Edar Kota Bharu |
Pahang | Proton Edar Semambu 2, Kuantan |
Perak | Proton Edar Jalan Lahat, Ipoh |
Proton Edar BB Sri Manjung, Manjung | |
Proton Edar Taiping | |
Sabah | Proton Edar KK Inanam, Kota Kinabalu |
Sarawak | Proton Edar Jalan Tun Jugah, Kuching |
Tengah | Proton Edar Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur |
Fasa 3: Berkuatkuasa 1 Disember 2016 (4 Pusat Servis)
Negeri | Cawangan |
Pulau Pinang | Proton Edar Jalan Makloom |
Sarawak | Proton Edar Jln Lanang, Sibu |
Proton Edar Miri | |
Selangor | Proton Edar Glenmarie Temasya, Shah Alam |
KOMEN TERKINI