ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan Isuzu D-Max meningkat pada separuh pertama 2016

Views

Permintaan terhadap trak pikap Isuzu D-Max semakin meningkat dalam tempoh enam bulan pertama 2016. Sekali gus mengubah corak penurunan jualan pasaran automotif sehingga 15 peratus secara amnya dan segmen trak pikap khususnya.

Jualan Isuzu D-Max meningkat kepada 3,069 unit, bertambah sebanyak 10.6 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2015. Perkongsian pasarannya juga meningkat sebanyak 3.4 peratus untuk mencatat penguasaan 14.7 peratus dalam segmen trak pikap.

Menurut Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia, Hajime Machimura, “Kenderaan Isuzu dilihat dapat meyakinkan pengguna kerana ia mampu menawarkan penyelesaian yang terbaik, menerusi aspek nilai, kebolehpercayaan dan karekter pemanduan yang cemerlang,”.

Tambahnya lagi, “Dengan memberi fokus kepada aspek karekteristik terbaik trak pikap Isuzu, kami boleh membuktikan bahawa peningkatan kos sara hidup tidak seharusnya memberi kesan kepada kualiti hidup, jika anda boleh berjimat dari segi pengangkutan,”.

Isuzu D-Max sememangnya terbukti menjadi salah sebuah trak pikap yang paling lasak dan menjimatkan bahan bakar di pasaran. Ia diuji di tengah-tengah belantara Sabah beberapa kali sejak bertahun-tahun lamanya menerusi cabaran off-road Borneo Safari. D-Max juga kekal menjadi pemegang rekod trofi Anugerah Penjimatan Bahan Bakar Asian Auto sebanyak enam kali berturut-turut.

Berdasarkan kepada momentum jualan semasa Isuzu D-Max dan usaha meningkatkan kepuasan pelanggan oleh syarikat, Isuzu Malaysia yakin bahawa prestasi jualannya pada tahun ini akan lebih baik berbanding jualan sebanyak 6,042 unit yang direkodkan pada tahun 2014, biarpun Persatuan Automotif Malaysia (MAA) meramalkan angka jualan kenderaan akan merosot.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply