ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ops Lawlesness: Penunggang Yamaha 135LC guna nombor plat ‘Mat Rempit’ ditahan

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki ditahan polis kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu yang tertera perkataan ‘Mat Rempit’ pada motosikalnya di Pandan Indah di Ampang, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, lelaki berusia 20 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 pagi oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Menurutnya, pemeriksaan lanjut menerusi Ops Lawlesness itu turut mendapati penunggang terbabit tidak memiliki lesen memandu selain cukai jalan serta perlindungan insurans tamat tempoh.

Tambah beliau, anggota operasi menahan motosikal jenis Yamaha 135LC selepas didapati menggunakan perkataan ‘Mat Rempit’ pada plat belakang.

Bagi kes nombor pendaftaran palsu ini, ia disiasat di bawah Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Beliau berkata, penunggang bersama motosikal terbabit telah dibawa ke Balai Polis Trafik Ampang untuk siasatan lanjut.

Katanya, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000 atau dipenjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

“Pastikan motosikal tidak dilakukan sebarang pengubahsuaian supaya keselamatan pengguna jalan raya yang lain dapat dipelihara dan ketenteraman masyarakat tidak terganggu,” katanya. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Friends of Trafik Ampang

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply