ARKIB

KATEGORI

Buletin

Syarikat lori digesa pantau pemandu guna GPS – JPJ

Berita Tempatan

Views

Pengendali syarikat kenderaan berat diminta supaya memantau pemandu mereka melalui Sistem Pengesanan Global (GPS) terutama ketika melalui lebuh raya.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang Datuk Adenan Md Isa berkata, ini berikutan audit keselamatan terhadap kemalangan yang dilaporkan sepanjang tahun ini setakat November, mendapati 18 kes termasuk kemalangan maut membabitkan lori dikenal pasti berpunca daripada sikap pemandu yang cuai atau gagal mematuhi peraturan jalan raya.

Katanya, lima daripada kemalangan itu berlaku di sepanjang lebuh raya di negeri ini manakala selebihnya di negeri lain tetapi syarikat yang mengendalikan kenderaan berat itu berpangkalan di Pulau Pinang.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Selepas menerima laporan (kemalangan) daripada polis, JPJ akan buat audit keselamatan dengan memeriksa GPS pada lori bagi melihat sama ada pemilik syarikat peka atau tidak kesalahan dilakukan pemandu mereka sebagai contoh kelajuan digunakan ketika memandu atau sebarang aduan lain.

“Sebab itu kami minta supaya syarikat memantau (pemandu) melalui GPS yang dipasang pada kenderaan…mereka sepatutnya bertanggungjawab terhadap pemandu supaya ikut peraturan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Ops Patuh Bersepadu di Plaza Tol Juru, di Bukit Mertajam malam tadi.

Adenan berkata, sekiranya syarikat yang diaudit itu didapati tidak memenuhi piawaian ditetapkan maka JPJ akan mengesyorkan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk mengambil tindakan menggantung lesen untuk satu tempoh tertentu yang akan diputuskan oleh agensi tersebut, kebiasaannya antara enam bulan hingga setahun.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Dalam pada itu, beliau berkata, operasi penguatkuasaan di lebuh raya dilakukan secara berterusan bertujuan mengurangkan risiko kemalangan disebabkan kecuaian pemandu sama ada membawa muatan berlebihan, rosak, tidak diselenggara, menggunakan lorong kanan secara berterusan atau berhenti di lorong kecemasan hingga mengundang bahaya kepada pengguna lain.

Terdahulu, Adenan memberitahu sebanyak 536 notis dikeluarkan terhadap pemandu atas pelbagai kesalahan dalam operasi yang turut disertai Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Operasi malam ini tertumpu kepada kenderaan perdagangan di lebuh raya dan antara kesalahan lazim yang dikesan adalah menggunakan lorong kanan berterusan, menggunakan telefon bimbit, tiada lesen memandu dan lesen kenderaan motor tamat tempoh,” katanya. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JPJ Pulau Pinang

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply