Akhirnya, dapat juga kami foto dan video ringkas penemuan model Persona 2016 sedang membuat penggambaran iklan komersil dan sempat dirakam oleh rakan kita Schöne Männer. Foto dan video ini telah berjaya dirakam pada hari Ahad minggu lepas di sekitar lebuhraya AKLEH.
Menurutnya, di dalam Persona tersebut terdapat jurukamera dan kelihatan seorang wanita yang mungkin pelakon iklan tersebut sedang memandunya. Nampak comel pula Persona 2016 ni dengan warna Fire Red kan?
Kami dengar pelancarannya dah semakin hampir, sebelum hujung bulan ini. Bukan satu tapi dua model sekaligus, tunggu!
hilang terus DNA persona yg lama huuhuu
Kalo pkai gearbox type cvt mcm iriz kena buat refinement kaw kaw.. gearbox iriz tiada sentakan tapi mengaum..
simple & nice. lebih elok dari almera & vios.
Ingatkan attrage tadi…hehehe…
Bonet Persona 2016 cengkung ke dalam, bonet Iriz cembung keluar.
Source : http://s8.paultan.org/image/2014/09/PAULTAN_Proton_Iriz_Exterior_10-850×566.jpg
cengkung ke dalam yg dekat bawah strip chrome je, yang kat atas chrome tu tak da..
gambar persona merah, seolah olah cengkung atas dan bawah strip chrome.. mungkin bayang2
http://s2.paultan.org/image/2016/05/2016-proton-persona-iriz-sedan-1-630×277.jpg
elok masuk pasaran India..
kereta compact.. sebijik mcm attrage..
mmg tk leh lawan VIOS dan CITY yg lebih besar, luas dan cantik lagi..
persona akan bersaing dgn saga ka?
Persona dah turun ke segment B, sama dgn vios, attrage, city, almera, mazda2. Saga akan turun dr segmen B ke segmen A. Keluasan belum tahu mana lagi besar sebab specs belum keluar
Platform Iriz ni boleh dikembangkan lagi utk model ketiga selepas Persona ni, iaitu 3-door hatchback dengan membawa nama Neo.
Cukup la dengan mengubah Persona dari rendah dan lebar kepada tinggi dan kecil. Jangan jadikan Neo senasib Persona.
Persona 2016 patut dijadikan Saga 2016. baru nampak perubahan positive. Senang skit salesman nak ayat customer.
saga adalah base line model.. aspek kos dan kualiti diletak seoptima yg mungkin untuk menjadikan ia sebagai ‘ kereta rakyat ‘ (harga yg rendah)..
sebab tu, saga 2016 guna platform saga blm, dengan sedikit penambahbaikan.. kalau tgk kpd gambar2 saga yg sedang diuji, A-pillar langsung tak disuik. jelas ini untuk mengurangkan kos rnd sebab sebarang perubahan kpd A-pillar, maka proton perlu buat crash test, die baru dan pelbagai kos sampingan..
persona 2016 dibina dgn sedikit aspek mewah, untuk bertanding dgn model2 spt vios, city, almera, mazda2 dan lain2..
ok design ni..bole tahan jgk..nampak lebih solid body nye dari model2 sebelumnya..harap kualiti setaraf kereta luar
Fresh and looks promising l.. Syabas Proton. propotion tu nmpak sikit janggal dr depan.
Saya yakin Insya Allah kali ini Proton akan tembusi pasaran eksport, massively. Design dh mcm keta import, harap2 interior juga improved dan paling penting KUALITI mesti ISTIQAMAH.. constant.. itu penyakit yg melanda company yg diterajui org Melayu..selalu failed kt sini.. hari ini semangt nk untung esok lusa mulalah longlai.. kualiti entah ke mana..
DNA Persona xde continuity pun xpe sbb Persona lama pun recycled dr Gen2 yang tak laku tu..
Iriz masih suffered dgn beberapa minor problem tp agak obvious. dashboard serious rattling dan meterial yg tak tahan panas.. menyebabkan ia ‘deformed’. Sticky coating pd dahsboard Iriz itu hrp jgn di pakai lagi di Persona 2016.
Apapun ggod job Proton.. sape pernah drive Iriz akan kagum.. Proton jauh sudah setaraf dgn gergasi world car maker.
p/s: ignore je kutuk cacimaki rba2 di paul’setan’.com.. menyakitkan hati + racist!
Jadi betul la dashboard Iriz sticky. Aku ingat pekerja car wash lap ngan chemical.
taraf dunia menda hahhaah look macam kereta focus sedan dah haha kelakar la kalau taraf dunia tak adelah sana sini bunyi
taraf dunia pon bising gak nanti…kemon laaa…
Mmm… attrage, vios, city n persona dlm liga yg sama:P Saga plak low cost sedan. entry level. A+ segmen sedan.
Cheers!
nak tanye,,, ni teknologi tata motors ke? nampak sme ngn tata zest
Design da cun..yup lagi lawa dari Almera n vios..cuma janggal dari tepi..mcm fiesta sedan..Mazda 2 sedan n Rio sedan..
Bab improvement..sy percaya persona akan dpt improvement dari iriz.. Mcm proton pernah buat dari model2 sebelum ni..saga lagi baik dari savvy..persona sedia ada lagi baik dari gen.2..
yeke? baik dari segi apa? kalau baik dari segi kualiti pemasangan, jangan letak harapan tinggi sangat.
Kalau ikutkan nak kos effective dan efisen, Proton perlu guna strategi Wira dulu. Dari platform Wira kita ada Wira sedan, aeroback, arena. Kalau dengan platfrom iriz ni rasanya Proton boleh guna benchmark Honda Jazz spawn model Airwave (MPV) dan City (Sedan). Ada kemungkinan tak extend sikit belakang Persona ni dan keluarkan versi 7 seater yang sama saiz dengan Alza/Ertiga? Tapi saya rasa pengeluaran model saga tu tak praktikal. baik rasanya Persona dengan enjin lebih kecil dan spec lebih rendah ganti je segmen A yang disi Saga sekarang. Sparepart pun senang, memandangkan market Malaysia ni terlalu kecil yang mana share Proton hanya sekitar kurang 100 000 unit setahun..
Macam ni?
https://asyrafkangoo.wordpress.com/2016/05/17/new-2016-persona-sedan-with-bodykits/
Rekabentuk kereta persona baru ni memang cantik dalam classnya segment B.. Dan yakin performance Dan kualitinya lebih baik Dari Iriz.. Cuma bumbungnya agak Tinggi untuk jenis sedan Dan ruang roda kurang besar untuk sedan yang berbumbung Tinggi.. Untuk sedan berbumbung Tinggi ruang roda sekurangnya boleh memuatkan Roda berukuran 205/50/R17..
Good job..