ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen tukar nama Polo ke Vento, dari RM79,888

Views

Artikel oleh Shamsul Yunos

• Tiga tahap spesifikasi
• Enjin 1.6-liter dan kotak gear 6-kelajuan untuk varian Trendline and Comfortline
• Enjin 1.2TSI dan kotak gear DSG 7-kelajuan untuk varian mewah Highline

Jenama Jerman Volkswagen kini melancarkan serangan kedua ke atas pasaran Malaysia setelah mengambil masa sekitar dua tahun bagi menangani isu kualiti kotak gear DSG dan pelbagai masalah lain, mereka juga menggunakan masa tersebut untuk meningkatkan tahap perkhidmatan lepas jualan.

Serangan kali ini bermula dengan pelancaran model Vento yang dulunya dikenali sebagai Polo Sedan.
Volkswagen menumpukan perhatian kepada segmen B dengan Vento dan melaraskan harga bagi memenuhi keperluan sedan keluarga mampu milik dengan menawarkan tiga tahap spesifikasi iaitu Trendline, Comfortline dan Highline.

Dengan adanya tiga varian ini, Volkswagen kini boleh menawarkan model tersebut bermula dengan harga RM 79,888 untuk model Trendline yang dilengkapi dengan enjin 1.6 liter pancitan pelbagai titik yang menghasilkan kuasa 104 hp dan tork 153 Newton. Enjin menggerakkan kereta melalui kotak gear enam kelajuan automatik Tiptronic.

13271713_10153443998017105_1346684137_o

Model ini didatangkan dengan sistem stereng kuasa sensitif kelajuan, dua beg udara dan sistem radio yang dilengkapi dengan sambungan USB, slot kad SD dan empat pembesar suara dan varian ini berharga RM79,888. Mereka yang mahukan kemewahan yang lebih boleh memilih Vento 1.6 Comfortline yang berharga RM86,888 yang datang dengan kombinasi enjin dan kotak gear yang sama tetapi dilengkapi dengan ciri mewah seperti sistem kawalan iklim Climatronic dan corong pendingin hawa belakang.

Ia juga diberi sistem kawalan peluncuran (Cruise Control), dan empat beg udara dan sistem radio yang ditambah dengan fungsi sambungan Bluetooth dan kendalian Ipod. Kemasan kabin ditingkatkan dengan pakej krom yang menambah “bling”.

Mereka yang mahukan Vento varian Highline yang berharga RM93,888 yang diberikan kelebihan enjin 1.2 TSI dan kotak gear DSG tujuh kelajuan. Ramai yang masih merasakan keperitan masalah kotak gear DSG namun Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller yakin perubahan komponen yang dilakukan ketas kotak gear tersebut mampu membuatnya lebih lasak dan tahan untuk kegunaan di Malaysia.

Varian mewah ini juga deberikan fungsi keselamatan tambahan dalam bentuk ESC – Kawalan Kestabilan Elektronik. Secara kosmetik, varian Highline dihias dengan rim aloi ekslusif bersaiz 16-inci yang digelar Syenit.

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

13224240_10153443997187105_932418024_o 13230937_10153443997922105_437165022_o 13234517_10153443997472105_855923583_o 13234706_10153443997202105_1838238838_o 13242076_10153443997442105_1754016110_o 13242246_10153443996817105_2083569731_o 13262115_10153443998037105_1550572345_o 13262215_10153443997477105_1788018121_o 13262338_10153443997157105_1801151391_o 13262463_10153443998187105_1476433302_o 13262520_10153443997447105_457735115_o 13271607_10153443996822105_818007540_o 13271713_10153443998017105_1346684137_o

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply