ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua tawar bantuan untuk mangsa banjir di Kuala Lumpur

Views

Berita baik kepada pemilik kendaeraan Perodua yang terjejas akibat banjir kilat yang melanda Kuala Lumpur baru baru ini! Perodua kini menawarkan bantuan kepada mereka dengan menyediakan khidmat penundaan, diskaun 20 peratus untuk alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma untuk mengira jumlah kerosakan pada kenderaan terlibat.

Presiden & CEO Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata, “Kami amat menghargai pelanggan kami dan diharapkan khidmat yang ditawarkan ini mampu mengurangkan bebanan kepada mereka yang telah terjejas akibat musibah tersebut”.

Pelanggan Perodua juga boleh menuntut bayaran khidmat penundaan sehingga RM100 untuk menunda kenderaan mereka ke pusat servis yang berhampiran (mengikut terma dan syarat). Perodua turut menawarkan alat ganti terpilih dengan diskaun 20 peratus yang termasuk barangan elektronik, karpet, tempat duduk, kemasan pintu dan gasket enjin.  Untuk maklumat lanjut hubungi talian bebas tol Perodua 1-800-88-6600.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply