ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

PANAS : Rekaan bampar Toyota Rush/Daihatsu Terios 2018 tertiris!

Views

Nampaknya semakin panas pula model pengganti Toyota Rush/Daihatsu Terios 2018 dengan ketirisan sekeping foto yang memperlihatkan rekaan bamparnya yang sebenar. Foto tersebut telah dimuatnaik oleh salah seorang pembaca laman sesawang automotif Autonetmagz.com, mungkin tertiris menerusi kakitangan di bahagian mengecat.

Dokumen yang bertajuk ‘Quality Standard’ memaparkan beberapa lukisan bampar Toyota Rush/Daihatsu Terios 2018 dari pelbagai sudut menunjukkan bentuk bampar hadapan model tersebut yang mirip rekaan model konsep DN Multisix, terutama di bahagian lampu kabus. Bampar belakang pula ada sedikit unsur rekaan bampar Daihatsu FT Concept dengan diffuser di bawahnya. Boleh disimpulkan model Toyota Rush/Daihatsu Terios 2018 menggabungkan elemen rekaan dua model konsep Daihatsu DN Multisix dan FT Concept di bahagian luaran.

Dikhabarkan SUV tujuh tempat duduk ini bakal diperkenalkan sebelum tahun 2017 berakhir. Model ini akan diposisikan lebih tinggi dengan harga yang setara dengan Honda HR-V dan Chevrolet Trax, bukan dalam kategori Honda BR-V atau Mitsubishi Xpander yang sebenarnya model MPV dengan rekaan seperti sebuah SUV.

Di Malaysia, model ini berpotensi menjadi bakal SUV ketiga dari Perodua selepas Kembara dan Nautica. Model dengan kod nama D38L akan diperkenalkan pada tahun 2018 atau selewat-lewatnya pada awal 2019. Ia bakal mempunyai elemen rekaan Perodua terutama di bahagian hadapan, belakang dan mungkin rekaan kabin yang berbeza dengan Toyota Rush/Daihatsu Terios 2018.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply