ARKIB

KATEGORI

Buletin

Touch ‘n Go terima pengiktirafan global

Views

Touch ‘n Go Sdn. Bhd. (TNGSB) telah mengharumkan nama Malaysia setelah berjaya menenangi Anugerah ‘Hall of Fame’ Industri bagi Rantau Asia Pasifik di Kongres Dunia ITS 2017 semalam. Setiap tahun, ‘Hall of Fame’ Kongres Dunia ITS memilih dan mengiktiraf pencapaian tertinggi dari benua Amerika, Eropah dan Asia Pasifik dari komuniti pengangkutan berteknologi tinggi merentas Industri, Kerajaan Tempatan termasuk Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.

Pemenang kategori dipilih dari pelbagai rantau berdasarkan kriteria bercirikan kecemerlangan industri dan prestasi dalam landskap teknologi untuk pengangkutan. Ketua Pegawai Eksekutif TNGSB, Syahrunizam Samsudin yang menerajui Touch ‘n Go semenjak dua tahun lalu telah menerima anugerah tersebut dan kini sedang menggenggam visi untuk memimpin Touch ‘n Go menjadi syarikat FinTech yang unggul dalam tempoh 12 bulan akan datang. 

Syahrunizam juga mempersembahkan kepada hadirin global mengenai visi Touch ‘n Go untuk masa depan dengan tajuk pembentangan ‘Mobiliti Bandar didokongi Sistem Pembayaran Digital Baru.’ Mengikut definisi, sistem pengangkutan pintar (ITS) adalah teknologi, aplikasi atau platform yang meningkatkan kualiti pengangkutan atau aplikasi serta sistem yang memantau, mengurus atau meningkatkan mutu pengangkutan.

TNGSB adalah penyedia nombor 1 untuk sistem pembayaran mikro di Malaysia dan ia telah diterima secara meluas sebagai sistem tanpa tunai di pelbagai sektor khususnya rangkaian bas dan rel bandar serta pembayaran tol lebuhraya dan sedang berkembang pesat meneroka sektor runcit – menjadikan Touch ‘n Go antara nilai penting di dalam kehidupan harian rakyat Malaysia. 

Dengan pelbagai pendekatan mesra yang berorientasikan pelanggan di dalam pelbagai sektor, Touch ‘n Go juga telah menyediakan meningkatkan rangkaian tambah nilai dengan lebih daripada 9,000 pusat tambah nilai di seluruh negara.  Kemudahan tambah nilai terdapat di Stesen Petrol, Kedai Serbaguna, Rangkaian Runcit Terpilih, Kiosk Layan Diri, Touch ‘n Go SPOTs dan Hab-hab Touch ‘n Go di seluruh Malaysia. Touch ‘n Go meneruskan usaha berterusan untuk memperkenalkan pelbagai cara inovasi demi memberikan kepuasan pelanggan berserta pengalaman terbaik dalam kemudahan pembayaran mikro.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply