Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba tidak lama lagi dan pastinya ramai yang sedang sibuk membuat persiapan dan membeli-belah. UMW Toyota Motor (UMWT) turut tidak ketinggalan memeriahkan kedatangan Syawal dengan mengadakan kempen khas ‘Syoknya!!! Shopping Raya dengan Toyota’ dengan kerjasama pusat membeli-belah IOI City Mall pada minggu lalu.
Pelanggan yang membeli barangan dari HomePro dan Parkson, berpeluang untuk menyertai dan memenangi cabutan bertuah berupa 50 peratus rebat tunai dari amaun bil membeli-belah (tertakluk pada terma dan syarat). Untuk layak menyertai, pelanggan perlu mendaftarkan diri di Gerai Pameran Toyota, beli barangan mereka dan hantarkannya pulang dengan menaiki kenderaan Toyota yang disediakan.
Semasa memandu, mereka akan merasai sendiri pengalaman dan mengetahui lebih lanjut mengenai kenderaan tersebut melalui jurujual yang akan menemani mereka. Tawaran ini akan dibuka sekali lagi hujung minggu ini bermula dari 17 hingga 18 Jun 2017 dan UMWT menjemput orang ramai untuk mengambil bahagian dalam kempen ini dan mencuba nasib. Selain itu, setiap orang yang memandu uji kereta Toyota akan diberikan kad Starbucks bernilai RM20.
Selain itu, di gerai pameran Toyota yang terletak di kawasan LG Concourse IOI City Mall, pelanggan turut dijemput untuk bergambar sendiri atau dengan ahli keluarga bersama kenderaan yang dipamerkan, poskan ke Instagram mereka, letakkan hashtag #SyoknyaRayadgnToyota dan berpeluang mendapat ganjaran ekslusif barangan cenderahati Toyota (tertakluk pada terma dan syarat).
UMWT juga turut mengedarkan biskut percuma dan ‘sampul duit raya’ sebagai penghargaan kepada pemilik Toyota dan mereka boleh menebusnya dengan menunjukkan kunci kereta mereka di gerai pameran Toyota. Siapa cepat dia dapat dan sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘Syoknya!!! Shopping Raya dengan Toyota’ layari laman rasmi Facebook Toyota Malaysia di https://www.facebook.com/ToyotaMalaysia.
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI