ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen Golf R tiga-pintu kini dibuka untuk tempahan – 10 unit sahaja!

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan tempahan bagi model tiga-pintu Golf R dibuka secara rasmi. Model tiga-pintu Golf R yang eksklusif ini terhad kepada 10 unit sahaja di Malaysia dan hanya ditawarkan dalam pilihan warna Lapiz Blue. Harga bagi model Golf R tiga-pintu ditawarkan pada RM 268,888 (sebelum pendaftaran).

Sama seperti model 5-pintu, ia didatangkan dengan enjin baharu 2.0TSI dengan pengecas turbo yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan DSG. Kombinasi penjana kuasa dan transmisi ini mampu menghasilkan output sebanyak 290PS dan daya kilas 380Nm antara 2,000 ke 5,400rpm yang disalurkan menerusi sistem pacuan empat-roda 4MOTION.

Golf R didatangkan dengan kerusi kulit berlubang R ‘Vienna’, rim aloi 19-inci Pretoria, Paparan Info Aktif bersaiz 12.3-inci, Discover Pro dengan App-Connect dengan Kawalan Isyarat bersaiz 9.2-inci, lampu hadapan LED dengan Dynamic Cornering Lights, lampu belakang LED dengan Indikator Dinamik, dan stereng progresif. Walau bagaimanapun, model ini tidak ditawarkan dengan sistem kemasukan tanpa kunci KESSY dan sistem penghidup enjin, fungsi memori cermin luaran dan kerusi pemandu berkuasa boleh laras.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata model tiga-pintu Golf R bakal membuatkan peminat teruja. Ini merupakan peluang untuk peminat menjadi sebahagian daripada model istimewa yang jarang ada di Malaysia. Golf R juga telah berjaya mencatatkan banyak rekod litar di seluruh dunia. Tempahan boleh dibuat di semua pengedar sah Volkswagen seluruh negara dan untuk maklumat lanjut, layari www.volkswagen.com.my

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply