ARKIB

KATEGORI

Tular

Patut la lari, rupanya pemandu Bezza dihambat 28 MPV polis ada 11 rekod lampau

Berita Tempatan

Views

Polis mengesahkan pemandu Perodua Bezza yang melarikan diri dan dikejar 28 unit peronda polis (MPV) sehingga ke Cyberjaya, awal pagi tadi mempunyai 11 rekod lampau.

Malah, pemeriksaan turut menemukan sebilah pisau, gunting, set sarung tangan, topi keledar, kad pengenalan milik individu lain dan kad debit.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku pada pukul 1.42 pagi selepas kenderaan dipandu suspek melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Jalan Utara di Petaling Jaya.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Kata beliau, suspek kemudian memasuki Lebuhraya Persekutuan menuju ke Shah Alam, bagaimanapun ketika tiba di Jalan PJS 6/1 Sungei Way, suspek merempuh anggota unit rondaan bermotosikal (URB) yang cuba menahan suspek.

Susulan itu, hebahan bantuan dibuat dan beberapa kereta peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Serdang dan Subang Jaya mengejar kereta Bezza tersebut dengan jarak 50 kilometer melalui Lebuhraya Damansara Puchong. Kenderaan itu berjaya ditahan di Bulatan Taman Tasik Cyberjaya, Sepang.

Menurut beliau, polis menahan seorang lelaki sebelum direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 279 Kanun Keseksaan, Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 28(1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Jelasnya, kes ini juga disiasat ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasan Trafik (BSPT) dan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular satu rakaman video memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza dikejar kira-kira lebih daripada 20 unit peronda polis (MPV) dari Petaling Jaya ke Cyberjaya, semalam.

Menerusi video berdurasi 51 saat itu, pemandu Bezza dilihat tetap meneruskan perjalanan meskipun dikejar oleh sepasukan polis. – UTUSAN

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Daerah Petaling Jaya

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply