ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lepasi jumlah jualan sepanjang tahun 2022, model sedan S70 terima lebih 3,000 tempahan!

Berita Tempatan

Views

Proton meneruskan momentumnya dalam pasaran dengan mencatatkan jumlah pendaftaran sebanyak 12,296 unit (domestik + eksport) pada bulan November 2023, sekali gus mengukuhkan kedudukan di tangga kedua carta dalam kalangan jenama automotif.

Jumlah jualan YTD syarikat sehingga bulan November mencapai 141,900 unit (domestik: 138,876 unit dan eksport: 3,024 unit). Proton turut melepasi jumlah jualan sepanjang tahun sebelumnya dengan mencecah 141,900 unit berbanding 141,432 unit tahun lalu.

Pertumbuhan sebanyak 12 peratus yang membanggakan berbanding tahun ke tahun itu telah membawa kepada pegangan pasaran yang stabil iaitu 19.7 peratus.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Sejak dilancarkan pada 28 November, Proton S70 telah memberi impak yang luar biasa dengan peningkatan tempahan sebanyak tiga kali ganda.

Jumlah tempahan kini melepasi 900 unit seminggu, sekali gus menunjukkan populariti dan keupayaannya untuk memenuhi permintaan pasaran Malaysia.

Jumlah tempahan untuk S70 pada masa ini telah pun melebihi 3,000 unit. Bagi model Proton X Series, yang terdiri daripada model X50, X70, dan X90 telah berjaya mencatat populasi sebanyak 201,710 unit di atas jalan raya.

X50 terus kekal sebagai ‘penghulu’ SUV segmen dengan jualan sebanyak 2,115 unit pada bulan November. Sejak ianya dilancarkan, sebanyak 102,325 unit telah pun terjual.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

X70 mengukuhkan kedudukannya dalam segmen SUV C dengan merekodkan jualan 95,100 unit sejak dilancarkan. Proton X90 pula terus menerajui segmen SUV D, dengan meraih jualan sebanyak 4,285 unit.

Model PIES Proton iaitu Saga, Iriz, Persona, Exora terus mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan iaitu sebanyak 34.3 peratus berbanding YTD 2022.

Saga kekal tertinggi, mendahului dengan 6,349 unit terjual, kedua tertinggi untuk tahun ini, mempamerkan popularitinya yang berkekalan di kalangan pembeli kereta Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, pihaknya yakin untuk mengakhiri tahun ini dengan kukuh, menyerahkan kereta ke tangan pelanggan mereka sebelum tahun ini berakhir.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply