ARKIB

KATEGORI

Buletin

PCC dapat 5-bintang ASEAN NCAP!

Views

Proton-PCC-2

Sehari menjelang pelancaran rasminya esok, ASEAN NCAP telah mengeluarkan keputusan rasmi ujian kemalangan bagi model PCC . Kini secara rasminya PCC meraih 5 bintang ASEAN NCAP! Keputusan ini juga merupakan kali pertama bagi program tersebut yang hanya menguji sebuah kereta dan juga yang kedua selepas Perodua Axia yang mencapai penarafan keselamatan ASEAN NCAP sebelum pelancaran rasmi dibuat.

Proton Compact Car telah mendapat 5-bintang untuk kategori Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) dan juga 4-bintang untuk kategori Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP). Proton juga telah menetapkan satu trend baru dalam menghasilkan kereta yang lebih selamat, dan ini merupakan kali kedua bagi Proton untuk mencapai 5-Bintang  AOP selepas model Preve / Suprima S.

Selain itu, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dijadikan kelengkapan standard untuk semua varian dan tawaran ini adalah sejajar dengan objektif ASEAN NCAP untuk menjadikan ESC lebih berpatutan kepada pengguna. ASEAN NCAP turut berpendapat bahawa kereta ini bakal mempunyai prospek terbaik untuk menjadi kereta 5-bintang (AOP) yang paling berpatutan di rantau ASEAN. Tahniah Proton!

Informasi lengkap ujian ASEAN NCAP – PCC

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

16 Comments


    • Mmm… biasanya 5 star tu dikira overall percentage/point ar walaupun spesifiknya 5 star adult n 4 star child kat iriz nie. Apa2 pun percentage 4 star child Iriz (82%) is better then 4 star child Axia (71%) asean ncap. Ini bukanlah modal, cuma terima la hakikat…

      Cheers!


      • yg pasti iriz ni dapat 5 bintang dgn 2 airbag jer kalo 6 airbag mungkin leh cecah 16 point lebih dari jazz 15.6 point.dan ingat jazz versi 2 airbag cuma dapat 4 bintang jer berbanding iriz 5 bintang dgn 2 airbag .so saper lagi kukuh sebenarnyer hehe


    • Ada jg yg xboleh terima hakikat…kehkehkeh.. Adoiii la.. Manusia2.. Bagi la lampu suluh pun kalau dia nk duduk dlm gelap tu, tetap duk dlm gelap jg…kehkehkeh


  • yg technical day proton ader pamer tak post crash test nyer sample car. baru bleh feel selamat ker tak. nampak depan jek crash. driver compartment intact..
    please bawak gih shah alam hari sabtu ni..


  • Iriz highline dapat 5 star australia Australia NCap. Proton kena publish tu jangan lupa. Airbag 6 dan ada ESC. Perodua Axia atau Myvi ada ke spec macam tu untuk higline.


  • Terbaik proton..good job. Varian yg ada 2 airbag pn dapat 5* star NCAP… Apatah lg yg full spec dengan 6 airbag, mungkin akan dapat full piont. tahniah proton


  • honda city kemek macam lempeng dilanggar oleh preve dalam perjalanan balik dari melaka ke kl di highway plus ,empat kenderaan terlibat kenderaan pertama preve,honda city,preve dan kenderaan keempat tidak dapat dipastikan(telah dialihkan).Preve dihadapan sekali melanggar penghadang besi di lorong kanan sekali bahagian depan tidak terjejas bahagian bonet dan bahagian bagasi kemek,honda city kemek bahagian depan sehingga bahagian pemandu,bahagian bbagasi kemek teruk sehingga ruang duduk penumpang akibat di langgar preve ,preve yang langgar city bahagian enjin hanya separuh terjejas tidak sampai ke bahagian pemandu,bahagian bagasi belakang kemek tapi tidak sampai bahagian penumpang.
    kejadian tersebut berlaku dua minggu lepas

Leave a Reply