ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell Fleet Solutions sedia bantu pemilik armada di Malaysia untuk SKDS 2.0

Berita Tempatan

Views

Sejak pengumuman mengenai pelaksanaan Skim Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 7 Mac 2024, Shell Malaysia telah langkah proaktif bagi membantu pemilik armada dan perniagaan dalam membuat persediaannya.

Bercakap kepada lebih 250 peneraju industri pengangkutan pada majlis sambutan Hari Raya baru-baru ini, Pengurus Besar Shell Fleet Solutions Malaysia, Joanna Lean, berkata pihaknya telah bersedia dan mempunyai kepakaran serta pasukan pengurusan akaun berpengalaman untuk membantu pemilik armada pelbagai saiz membuat persediaan.

Katanya, pakar dalam syarikat yang berpengalaman sedia memberi panduan untuk proses dua langkah SKDS. Langkah pertama, syarikat perlu memohon kuota diesel bersubsidi dengan segera melalui portal MySubsidi di https://mysubsidi.kpdn.gov.my.

Seterusnya, mereka perlu memohon untuk mendapatkan Kad Shell untuk melayakkan mereka memperoleh diesel dengan harga subsidi. Syarikat-syarikat perniagaan mempunyai pilihan dua jenis kad subsidi diesel daripada Shell yang sedia digunakan untuk SKDS 2.0.

Pilihan pertama, iaitu Kad Shell pascabayar, disokong oleh Shell Fleet Hub, portal pengurusan kad sehenti dalam talian dan sokongan pelanggan 24 jam sehari.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pemilik armada yang ingin menggunakan aplikasi yang ringkas dan pantas boleh memilih untuk mendapatkan Kad Tunai Shell bagi diesel bersubsidi yang dikhususkan untuk perusahaan kecil dan sederhana (SMEs).

Menurut beliau, Shell menyediakan pakej istimewa untuk meraikan pelanggan yang baru mendaftar dalam tempoh tersebut. Dengan lebih 1,000 stesen minyak Shell di lokasi strategik di seluruh negara, ia memberikan kelebihan kepada pengendali fleet yang ingin memudahkan operasi.

Encik Zainee bin Awang Damit, pemilik Pengangkutan Z&M yang merupakan sebuah SME, memilih Kad Tunai Shell bagi diesel bersubsidi kerana mudah digunakan, fleksibel dan perkhidmatan yang mesra di stesen minyak Shell yang sering dikunjunginya.

Kad Tunai Shell untuk diesel bersubsidi tidak memerlukan sebarang prabayaran dan membolehkan pelanggan mengumpul mata ganjaran Bonuslink dengan setiap isian minyak.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Perceptive Logistics Sdn Bhd yang berpangkalan di Pelabuhan Klang pula merupakan antara syarikat yang menyertai program rintis SKDS 2.0 oleh Kerajaan bermula 1 Februari 2024.

Pengurus Besar Haulage Division, Annie Goh berkata, pihaknya gembira kerana mendapat sokongan Shell sepanjang tempoh itu, memandangkan mereka mempunyai operasi armada yang kompleks, melibatkan lebih 250 trak penggerak utama dengan cawangan di serata Semenanjung Malaysia.

Shell menyasarkan untuk menjadi rakan armada yang dipercayai di Malaysia sepanjang pelaksanaan SKDS 2.0 dan peralihan kepada e-invois yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Sama ada perniagaan anda tergolong dalam SME atau perusahaan global yang besar, Shell menyediakan penyelesaian yang lebih ringkas, lebih pintar dan lebih mampan dengan sokongan kakitangan dan kepakarannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply