ARKIB

KATEGORI

Buletin

PD3C 2018 – Juara kategori Creative Car Challenge milik Invictus dari Asia Pacific University (APIIT)

Views

Hari Sabtu lepas kami berada di DRB-HICOM University of Automotive Malaysia (DRB-HICOM University) di bandar diRaja Pekan, Pahang bagi menyaksikan upacara penutup dan penyampaian hadiah cabaran Proton-DRB-HICOM University Creative Car Challenge (PD3C) 2018. Acara yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 6 hingga 8 Disember 2018 di Dewan Canselor Sultan Haji Ahmad Shah telah menyaksikan kesemua peserta yang bertanding mempamerkan karya dan inovasi mereka untuk diadili oleh para juri yang profesional.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Prof. Datuk Sr. Dr. Omar Osman, Naib Canselor DRB-HICOM University dan turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Hariri bin Abdullah, Pengarah Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM). PD3C adalah satu pertandingan untuk mencungkil bakat kreatif dan inovatif dikalangan pelajar jurusan automotif dan pensyarah pelbagai institusi pengajian tinggi dan ia disokong oleh Proton sebagai penaja utama dan Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM) sebagai rakan teknikal.

PD3C pertama ini telah menyaksikan penyertaan lebih daripada 20 buah institusi pengajian tinggi dan pertandingan ini dibahagikan kepada tiga cabaran utama berkaitan dengan industri automotif – Creative Car Challenge, Car Modelling Challenge dan Design Battle. PD3C peringkat akhir ini telah menampilkan sejumlah 13 pasukan bersaing dalam Creative Car Challenge, 9 pasukan dalam Car Modelling Challenge dan 33 dalam Design Battle.

Kereta konsep khusus untuk generasi-Z, Invictus hasil rekaan dari Asia Pacific University (APIIT) telah berjaya muncul sebagai juara kategori Creative Car Challenge dan telah membawa pulang hadiah pingat emas dan wang tunai bernilai RM7,000. Rekabentuk yang futuristik kereta ini serta ciri canggih seperti pintu yang boleh dibuka secara automatik dengan sistem pengecaman muka pemandu menerusi kamera di cermin sisi telah berjaya menambat hati juri.

Menurut mereka, kos mengubahsuai model Preve untuk menghasilkan kereta tersebut hampir mencecah RM30,000. Kendera saji yang dibangunkan dari model Saga dengan kos mencecah RM15,000, Scrumptious Food Car hasil ciptaan Universiti Malaya (UM) berjaya menduduki tempat kedua dan diiikuti oleh Deutro yang dibangunkan dari model Suprima S daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) di tempat ketiga.

JOM BACA >> IKLAN : Hoi Keen Service IM3 Kuantan – Lepak sambil menunggu kereta diservis dalam suasana ‘kafe hipster’!

Kereta konsep ENVYSAGE yang dibangunkan dari Preve hasil ciptaan pasukan dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pula menduduki tempat keempat. Pasukan Vigorous dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) muncul pasukan paling cemerlang dalam edisi kali ini dan telah berjaya menjuarai beberapa kategori.

Dalam ucapan penutupnya, Prof. Omar berkata, PD3C merupakan pertandingan reka bentuk kereta pertama dianjurkan oleh DRB-HICOM University dalam usaha mencungkil dan mengasah bakat dari Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia, dengan menggabungkan reka bentuk automotif dan pengunaan teknologi terbaharu serta inovasi, dari casis kereta model Proton yang telah diserahkan kepada pasukan yang bertanding.

Tambah beliau lagi, sememangnya cabaran ini memerlukan komitmen penuh pelajar dan tenaga pengajar institusi pengajian tinggi kerana ia merupakan satu proses yang panjang dalam menggabungkan semua unsur yang diperlukan bagi menghasilkan reka bentuk kereta yang berkualiti. Dalam sesi sidang media usai majlis penyampaian hadiah, Prof. Omar berasa amat gembira kerana pertandingan ini telah berjaya mencapai objektifnya dan beliau sendiri melihat ada beberapa pelajar yang berbakat dalam bidang masing-masing yang berpotensi untuk digilap sebagai modal insan dalam industri pada masa akan datang.

Sebagai peneraju dalam pendidikan automotif di Malaysia, DRB-HICOM University berharap cabaran PD3C ini dapat mewujudkan perkongsian ilmu antara industri automotif dan institusi akademik di Malaysia. DRB-HICOM University berhasrat untuk menjadi tunjang utama dalam memperkenalkan reka bentuk dan inovasi automotif di rantau Malaysia dan ASEAN.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Proton-DRB-HICOM University Creative Car Challenge (PD3C) edisi kali ini:

NoPERTANDINGANANUGERAH
1.PROTON & DRB-HICOM U CREATIVE CAR CHALLENGE (PD3C)HADIAH WANG TUNAIPEMENANG
Pertama  – RM7000INVICTUS

dari

ASIA PACIFIC UNIVERSITY (APIIT)

Kedua  – RM5000SCRUMPTIOUS FOOD CAR

dari

UNIVERSITI MALAYA (UM)

Ketiga  – RM3000DEUTRO

dari

UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA)

Keempat  – RM1000ENVYSAGE

dari

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

ANUGERAH KHASPEMENANG
  • MOST VIRAL POST for EXTERIOR PICTURES (SOCIAL MEDIA)
PROTON EDGE

dari

UNIMAP

  • MOST VIRAL POST for INTERIOR PICTURES (SOCIAL MEDIA)
PROTON EDGE

dari

UNIMAP

  • Best Engineered Car
IRIZ INFINITY

dari

UNIKL

  • Best Video
INTERESA

dari

ADTEC MELAKA

  • Best Teamwork
DEUTRO

dari

UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA)

  • Best Presentation
TEAM MARA B

dari

(IKM JASIN/KKTM REMBAU/KKTM MASJID TANAH)

2.PROTON & DRB-HICOM U CAR MODELLING CHALLENGE (PDCMC)ANUGERAH KHASPEMENANG
  • Best Presentation
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) (TIGRES)
HADIAH WANG TUNAIPEMENANG
Pertama  – RM2,500UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN, (UNISZA) TEAM (TIGRES)
Kedua  – RM2,000POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN, TEAM
Ketiga  – RM1,500UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM), TEAM
3.PROTON & DRB-HICOM U DESIGN BATTLE (PDDB)HADIAH WANG TUNAIPEMENANG
Pertama  – RM1,200MOHAMED SAIFUL B ABDUL HALIMUNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA)
Kedua  – RM1,000AHMAD ZUL KHAIRI B MOHD OTHMAN UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA)
Ketiga   – RM800KHOO WERN SHEUNGASIA PACIFIC UNIVERSITY (APIIT)

JOM BACA >> Perodua mula tayang iklan acah SUV terbaharunya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply