ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua mula tayang iklan acah SUV terbaharunya

Views

Perang psikologi telah bermula! Di kala Proton sedang menghitung hari pelancaran SUV pertama mereka X70Perodua pula baharu sahaja memuat naik dua iklan acah SUV terbaharunya (D38L), satu di laman web dan satu lagi di laman Facebook rasmi mereka kira-kira setengah jam yang lalu. Iklan dimuat naik itu memaparkan imbasan bahagian atas model SUV tersebut, selain tertera perkataan susun atur tujuh tempat duduk fleksibel.

Ia sekaligus mengesahkan yang model  SUV (D38L) yang juga merupakan saudara kembar kepada Toyota Rush dan Daihatsu Terios mempunyai tujuh tempat duduk. Selain itu turut dipaparkan grafik berbentuk cop mohor yang turut mengesahkan model ini layak menerima subsidi petrol kerana ia dikuasakan oleh enjin 1.5 liter.

JOM BACA >> IKLAN : Hoi Keen Service IM3 Kuantan – Lepak sambil menunggu kereta diservis dalam suasana ‘kafe hipster’!

Setakat ini tiada sebarang maklumat lain diumumkan dan kami jangka Perodua akan sentiasa mengemas kini status di laman sosial dan juga laman web mereka dari semasa ke semasa. Baru-baru ini di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 model ini turut dibawa untuk tatapan pengunjung secara eksklusif namun hanya boleh diintai-intai menerusi sebuah kotak khas.

Kami menjangkakan Perodua akan mula membuka tempahan model ini dalam masa terdekat, mungkin selepas pelancaran Proton X70. Walaupun kedua-duanya berada dalam segmen yang berbeza, SUV Perodua bakal memberi tempias dan mengganggu jualan X70 kerana tanda harganya dijangka berada di bawah RM80,000 seunit.

Dengan bermodalkan tujuh tempat duduk dengan susun atur yang fleksibel seperti sebuah MPV serta enjin yang dijangka menerima pengiktirafan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), sudah pasti kehadirannya bakal mengubah permainan dalam segmen SUV tempatan. Nantikan kemunculannya!

Gambaran SUV Perodua (D38L) dari Amir Hassan @ Gunma Akagi.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC2 dan Persona facelift merewang di Kuala Lumpur

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments


  • Rasanya rebadge dari Toyato Rush yang telah ada dipasaran Indonesia. Last time bila Produa rebadge Toyota Rush yang dinamakan Produa Nautica ..terus flop tak laku. Market Produa ialah market bajet..suv lebih dari lebih RM60k tak bulih jual.

Leave a Reply