ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pek Edisi Terhad Shell Advance dilancarkan

Views

Shell Advance telah mengumumkan pelancaran pek edisi terhad dengan reka bentuk khas untuk empat varian minyak enjin motosikal Shell Advance yang paling laris – Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus 10W-40 (1L) dan 15W-50 (1L), Shell Advance AX7 10W-40 (1L) dan Shell Advance AX5 Scooter 15W-40 (0.8L).

Mulai sekarang hingga 15 Oktober 2016, setiap pembelian mana-mana produk Shell Advance yang tersebut di atas, termasuk Shell Advance AX5 15W40 (1L), sama ada pek biasa atau pek edisi terhad, anda berpeluang memenangi dua tiket Grandstand Utama untuk menyaksikan perlumbaan Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2016. Hanya perlu lengkapkan borang penyertaan dengan menjawab satu soalan mudah, serta melampirkan resit pembelian dan menyerahkannya kepada pengedar sah yang mengambil bahagian. Selain itu penyertaan juga boleh dibuat secara dalam talian di www.shell.com.my/motogp bersama gambar resit anda.

Menurut Wakil Hiliran Kanan Tempatan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain, pelancaran pek edisi terhad Shell Advance, dengan empat reka bentuk baru untuk menguja penunggang motosikal, bertujuan untuk memperlihatkan kepimpinan teknologi Shell dan pembabitannya dalam perlumbaan motosikal dunia.

Shell Advance Ultra sintetik penuh dengan Teknologi PurePlus adalah satu-satunya minyak enjin motosikal di pasaran hari ini dengan minyak asas ultra bersih yang diperbuat daripada gas asli. Teknologi PurePlus Shell yang dipatenkan merupakan proses gas-kepada-cecair (GTL) serba baru yang menukar gas asli kepada minyak asas sejernih kristal. Minyak asas GTL digabungkan dengan Agen Pembersih Aktif yang unik untuk memberikan tahap pembersihan lebih tinggi dan perlindungan daripada kehausan dan kakisan dengan lebih hebat.

Shell Malaysia sekali lagi akan menjadi penaja nama Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2016 yang akan berlansung tidak lama lagi. Tajaan nama Grand Prix Motosikal Malaysia adalah sangat penting, kerana ia menyediakan pentas global untuk Shell memperlihatkan produknya yang inovatif termasuk Shell Advance Ultra (pelincir) dan Shell V-Power (bahan api). Ia juga menyediakan platform yang paling sesuai untuk menarik penunggang motosikal di rantau Asia dan seluruh dunia.

KLIK UNTUK BESARKAN

(L-R) Shell Lubricants GM Leslie Ng, Shell Malaysia Senior Downstream Re...(1) (L-R) Shell Lubricants GM Leslie Ng, Shell Malaysia Senior Downstream Re... (L-R) Shell Malaysia Senior Downstream Representative Shairan Huzani Hus... Shell Advance Brand Ambassadors with the Limited Edition packs The new Shell Advance Limited Edition Packs

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply