ARKIB

KATEGORI

Buletin

Land Rover Discovery 2017 tampil dengan wajah baharu

Views

Land Rover telah memuatnaik foto rupa hadapan SUV tujuh-tempat duduk Discovery 2017 serba baharu yang juga merupakan versi produksi model konsep Discovery Vision. Model ini akan berada di atas Discovery Sport dan dibangunkan dari platform aluminium Range Rover, menjadikannya jauh lebih ringan berbanding model terdahulu.

Pasukan perekabentuk dan kejuruteraan Land Rover telah berjaya merevolusikan DNA Discovery menjadi lebih mengujakan, serba boleh dan sekaligus menjadi SUV premium yang berkeupayaan. Discovery serba baharu akan menggunakan enjin dari keluarga Ingenium dan ada juga sumber mengatakan ia bakal menjadi model pertama dalam barisan jenama Land Rover yang mengadaptasikan versi khas SVX off-road.

Pengenalan global Land Rover Discovery 2017 dijadualkan pada 28 September, sehari lebih awal dan bersempena Paris Motor Show yang akan berlangsung pada 1 Oktober 2016.

KLIK UNTUK BESARKAN

LR-Discovery-Teaser-01 LR-Discovery-Teaser-02

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply