ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pelaksanaan subsidi bersasar RON95 semakin hampir

Berita Tempatan

Views

Kementerian Ekonomi telah menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON95 kepada Kementerian Kewangan (MoF), sekali gus memberi petunjuk jelas bahawa pelaksanaannya semakin hampir direalisasikan.

Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, berkata urusan berkaitan subsidi bersasar bahan api itu tidak lagi berada di bawah bidang kuasa kementeriannya.

“Keputusan berhubung subsidi bersasar RON95 telah diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Kewangan. Itu adalah keputusan Jemaah Menteri.

“Pihak Kementerian Ekonomi telah membentangkan perkara ini dalam mesyuarat Jemaah Menteri sebanyak empat kali. Kini, kami menunggu tindakan selanjutnya daripada Kementerian Kewangan yang akan mengurus keseluruhan proses subsidi RON95 selepas ini.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat

“Kita tunggu pengumuman rasmi daripada mereka,” katanya selepas merasmikan Persidangan Rakan Kongsi JS-SEZ: Memperkasa Pemudahcaraan, di Kuala Lumpur hari ini.

Penyerahan tanggungjawab itu mencerminkan pendekatan berpusat di bawah Kementerian Kewangan dalam usaha menyusun semula sistem subsidi negara sebagai sebahagian daripada agenda pembaharuan fiskal yang lebih menyeluruh.

Sebelum ini, Rafizi menjelaskan pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON95 akan dijalankan dalam dua peringkat iaitu peringkat hadapan (‘front-end‘) yang membabitkan operasi di stesen minyak, serta peringkat belakang (‘back-end‘) merangkumi proses penentuan kelayakan penerima subsidi daripada golongan B85 — iaitu 85 peratus rakyat yang layak menerima manfaat itu.

Peringkat ‘back-end‘ yang pada awalnya diuruskan Kementerian Ekonomi telah dibawa ke mesyuarat Kabinet bagi mendapatkan kelulusan sebelum pelaksanaan dasar berkenaan dapat dimulakan.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Berdasarkan perbincangan awal antara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan, pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 memang dirancang untuk dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan penentuan kelayakan penerima yang akan dibawa ke Jemaah Menteri bagi kelulusan muktamad.

Pada pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan bahawa kerajaan merancang melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun depan.

Langkah itu dijangka memberikan penjimatan sebanyak RM8 bilion kepada kerajaan, yang seterusnya akan disalurkan semula kepada program-program kebajikan demi kesejahteraan majoriti rakyat.

Bagaimanapun, kerajaan memberi jaminan bahawa 85 peratus rakyat negara ini tidak akan terjejas dengan pelaksanaan subsidi bersasar berkenaan. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply