ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu teksi mahu Loke letak jawatan, bukan Tun M

Views

New Straits Time melaporkan perhimpunan aman oleh pemandu teksi yang dirancang esok di Padang Merbok bukan untuk menentang kerajaan atau meminta Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meletak jawatan kerana gagal menyelesaikan masalah antara teksi dan pengendali perkhidmatan e-panggilan, Grab.

Ketua Gabungan Teksi Semalaysia, Kamarundin Hussain berkata organisasi bukan kerajaan (NGO) sebenarnya adalah yang pertama yang menyuarakan kesediaan mereka untuk menyokong Pakatan Harapan (PH) ketika Barisan Nasional (BN) masih berkuasa. Kamarundin berkata tujuan utama perhimpunan itu adalah untuk mendesak Menteri Pengangkutan, Anthony Loke meletakkan jawatan. Dalam satu kenyataan, beliau mendakwa ‘seluruh Malaysia tahu bahawa Loke adalah penyebab mengapa isu antara teksi dan Grab tidak dapat diselesaikan’.

JOM BACA >> INTIP : Penampakan ‘wajah baharu’ Proton Iriz MC2 yang lebih jelas

Beliau menambah, kegagalan kementerian tersebut telah membuka ruang kepada pemandu teksi untuk menyerang pelbagai pihak, terutama sekali pengguna pengangkutan awam. Penjelasan daripada Perdana Menteri dalam sesi dialog bersama pemandu teksi di Langkawi baru-baru ini jelas menunjukkan menteri tersebut tidak cakna dengan arahan Dr Mahathir. Tambah beliau lagi, ia tidak masuk akal untuk mereka mendesak Dr Mahathir meletak jawatan, sebaliknya mendakwa individu yang patut dipersalahkan adalah Loke.

Pengasas Big Blue Capital (M) Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail yang juga merupakan wakil kepada pemandu teksi di Malaysia sebelum ini telah mengumumkan satu perhimpunan aman yang dijangka bakal disertai oleh 3,000 orang pemandu teksi dari seluruh negara untuk menentang ketidakadilan yang didakwa ada hubung kait dengan Grab.

Satu gesaan juga turut dibuat bagi memecat Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Ketua Pegawai Perhubungan Awam Agensi Pengangkutan Awam (APAD), Mohd Azharuddin Mat Sah kerana kegagalan mereka menyelesaikan masalah tersebut, dan menyebabkan pemandu teksi berang. mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Kamarundin yang juga pengerusi Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (Persim) berkata penglibatan persatuan tersebut dalam perhimpunan esok tidak sepatutnya disalahtafsirkan sebagai penentangan terhadap Dr Mahathir atau kerajaan.

JOM BACA >> INFO: Betul ke tidur dalam kereta boleh membawa maut?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply