ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Penampakan ‘wajah baharu’ Proton Iriz MC2 yang lebih jelas

Views

Kami baharu sahaja memperolehi beberapa foto intipan kelibat Proton Iriz MC2 (Minor Change 2) yang masih sarat dengan mod penyamaran telah dikesan sekitar Kampung Baruu petang tadi oleh pembaca kami, Hakim Mohd So’od. Kali ini kita dapat melihat ‘wajah baharu’ Proton Iriz MC2 yang lebih jelas kerana foto yang dikirim menerusi pesanan peribadi di laman Facebook kami mempunyai resolusi yang tinggi.

Dari arah hadapan memang ia nampak lebih garang dan moden terutama pada bahagian jeriji utama yang berbentuk seperti busur, seakan-akan jeriji yang ada pada model SUV X70. Lampu yang dikongsi dengan model Persona pula berjaya memperlihatkan saiz Iriz yang tampak lebih lebar dan besar dari segi visual.

Jika berpandukan pada foto yang terkini, bolehlah kami katakan rupa yang disorok dengan celoreng penyamaran ini sebenarnya tidak jauh berbeza dengan gambaran secara digital yang telah dibuat oleh The Ajerul sebelum ini (Lihat foto di bawah). Mungkin ada sedikit kelainan, namun anda sudah boleh mendapat gambaran awalnya terlebih dahulu, terima kasih pada usaha dan kerajian luar biasa Ajerul untuk menghasilkan rekaan ini.

JOM BACA >> Sistem GKUI Proton X70 – Aplikasi yang membolehkan pengguna berhubung dengan kereta menerusi telefon bimbit

Di bahagian belakang unit ujian Iriz MC2 ini pula ditutup dengan celoreng penyamaran pada bahagian bampar, pintu belakang dan juga lampu. Kami jangka akan ada perubahan yang agak besar disitu dan berkemungkinan logo Proton akan digantikan dengan perkataan Proton sahaja selepas ini. Boleh jadi juga ada perubahan pada susun atur lampu belakang walaupun bentuknya masih tidak berubah. Kami sangat berharap kombinasi lampu belakang pada model Iriz Active akan menggantikan lampu sedia ada.

Difahamkan Iriz MC2 ini akan hanya diperkenalkan pada awal tahun hadapan, namun ada kemungkinan ia bakal membuat kemunculan lebih awal di Pameran Kenderaan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018, yang akan diadakan dari 23 November hingga 2 Disember 2018 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Nantikan!

Gambaran digital Proton Iriz MC2 dari The Ajerul.

JOM BACA >> INFO: Betul ke tidur dalam kereta boleh membawa maut?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply