ARKIB

KATEGORI

Info

INFO: Betul ke tidur dalam kereta boleh membawa maut?

Views

Semalam penduduk di Kampung Jaya Baru, Kinabatangan, Sabah telah dikejutkan apabila dua remaja lelaki ditemui mati dalam sebuah Perodua Myvi. Pemeriksaan awal dari pegawai perubatan Hospital Kinabatangan tidak menemui seberang kecederaan luaran pada kedua-dua mereka.

Adakah kedua-dua remaja lelaki ini maut setelah tertidur di dalam kereta dalam satu tempoh yang lama?

Sebenarnya kita perlu mengelakkan diri dari tidur dalam kereta semasa dalam tempoh yang lama semasa ia sedang melahu (idle) atau tidak bergerak sambil menghidupkan pendingin hawa kerana ia boleh membunuh. Sudah banyak kes berlaku sebelum ini namun masih ramai yang melakukan tabiat yang sama.

Tidur dalam kereta bahaya sekiranya:

1. Enjin dan pendingin hawa dihidupkan dan tingkap ditutup sepenuhnya.
2. Enjin, pendingin hawa dan tingkap ditutup sepenuhnya.

Apabila enjin dihidupkan dan kereta melahu dalam jangka masa yang lama, ada kemungkinan kebocoran gas karbon monoksida (CO) daripada ekzos boleh masuk ke dalam cabin penumpang. Ada dua cara CO membunuh, pertama ianya akan menyerap ke dalam saluran darah bersama oksigen dan dipam ke seluruh badan sehingga mengakibatkan kerosakan organ.

Kedua, CO akan bergabung dengan oksigen membentuk CO2 (karbon dioksida). Ia akan mengakibatkan oksigen yang tinggal akan semakin berkurangan dan penambahan gas CO2 boleh menyebabkan keracunan. Lebih teruk jika anda selalu tutup tingkap rapat semasa pendingin hawa dihidupkan sebelum tidur.

JOM BACA >> INFO: Betul ke parkir depan rumah jiran salah di sisi undang-undang?

Jika enjin dimatikan tetapi tingkap di tutup rapat ia akan menyebabkan kita kekurangan oksigen. Sebenarnya boleh je kita nak tidur dalam kereta, tetapi tingkap perlu diturunkan sedikit bagi memastikan udara dari luar boleh masuk. Jangan buka luas sangat sampai orang boleh seluk tangan dalam kereta dan buka pintu kereta.

Lebih baik, kita tutup pendingin hawa dan turunkan tingkap sedikit (jika waktu malam). Sebelum berhenti untuk lelap seketika carilah tempat parkir yang ramai orang. Jangan cari ‘port’ yang sunyi kerana faktor keselamatan, sama ada jadi sasaran penjenayah, diganggu secara mistik atau kena serbu dengan pencegah maksiat (sebab sangat mengundang).

Pernah tak anda rasa pening jika terperangkap dalam kesesakan jalan raya dalam tempoh yang lama? Ia sebenarnya berpunca dari keracunan CO. Dalam tempoh tersebut penghasilan gas CO akan lebih banyak apabila banyak kenderaan berkumpul bersama serentak. Mungkin anda pernah mendengar berita, 15 orang meninggal semaa terperangkap dalam kesesakan jalan raya yang sangat dahsyat di Indonesia dulu.

Apa yang perlu anda buat jika berada dalam situasi ini? Mudah je, buka tingkap sebentar untuk memberi laluan kepada oksigen masuk ke dalam kereta dan melepaskan CO keluar dari kabin. Nasihat kami, jika tiada keperluan untuk tidur di dalam kereta, cubalah elakkannya kecuali anda terlalu mengantuk dan dikhuatiri akan mengalami microsleep (lelap seketika) semasa memandu hingga mengakibatkan kemalangan.

Berhati-hati di jalan raya!

JOM BACA >> Sultan Johor pandu uji Proton X70

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply