ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pembinaan rumah tol Genting Highlands boleh disambung semula jika dapat kelulusan MPB

Berita Tempatan

Views

Projek pembinaan rumah tol di Gohtong Jaya, Genting Highlands yang dikeluarkan notis berhenti kerja Rabu lalu hanya boleh disambung semula sekiranya syarikat pembinaan terlibat mengemukakan permohonan dan mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Bentong (MPB).

Yang Dipertua MDB, Datuk Rose Samsul Abdul Razak berkata, setiap projek pembangunan perlu dikemukakan permohonan kebenaran merancang kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk dinilai dan diproses sebelum diluluskan.

Menurutnya, pelan bangunan, jalan dan parit dan lain-lain yang berkaitan juga perlu dikemukakan bersama permohonan tersebut.

Katanya, dalam isu pembinaan rumah tol di Gohtong Jaya ini, syarikat pembinaan tidak memberikan sebarang pelan pembinaan atau surat permohonan izin kepada pihak berkuasa sebelum pembinaan bermula.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Atas sebab itu, MPB telah mengeluarkan notis arahan berhenti kerja kepada projek itu pada Rabu lalu.

Rose Samsul berkata, tempoh notis arahan berhenti kerja itu bergantung kepada syarikat pembinaan terbabit untuk mengemukakan permohonan bagi kelulusan projek tersebut.

“Cepat mereka mohon, cepatlah kita proses dan mempertimbangkan kelulusan sekiranya menepati syarat yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, bidang kuasa MPB hanya melibatkan kepada pembinaan struktur itu. Isu pelaksanaan tol di laluan itu di luar bidang kuasa PBT.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Baru-baru ini, tular gambar pemasangan sebuah struktur di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, sekali gus mendapat perhatian warganet yang membuat spekulasi berkemungkinan plaza tol bakal dibangunkan di situ.

Memetik laporan Sin Chew Daily, jurucakap Lingkaran Cekap Sdn Bhd mengesahkan pelaksanaan tol itu.

Syarikat tersebut akan mengendalikan tol, namun pemandu hanya dikenakan bayaran semasa ke Genting Highlands dan bukan ketika menuruni kawasan tanah tinggi itu.

Bagaimanapun, jurucakap syarikat berkenaan tidak dapat mengesahkan tarikh pelaksanaan dan kadar tol yang akan dikenakan.

Difahamkan syarikat itu bertanggungjawab terhadap jalan di Genting, termasuk cerun, tanah runtuh, membersihkan pokok tumbang, memotong rumput, sistem kumbahan serta lampu jalan dan menyelenggara jalan. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply