ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota bawa Land Cruiser Se ke Japan Mobility Show 2023

Berita Global

Views

Toyota akan mempamerkan model Land Cruiser elektrik pertamanya yang dikenali sebagai Land Cruiser Se ke pameran Japan Mobility Show 2023 yang akan berlangsung pada 26 Oktober hingga 5 November nanti.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Menurut Toyota, buat masa sekarang ia hanyalah sekadar model konsep yang menawarkan bateri daya kilas-tinggi dengan tiga baris tempat duduk.

Dari segi dimensi, Land Cruiser Se berukuran 5,150mm panjang, 1,990mm lebar, 1,705mm tinggi dan jarak antara gandar rodanya pula 3,050mm.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Model konsep ini menawarkan tujuh-tempat duduk dengan gaya reka bentuk menggabungkan elemen bersegi dan futuristik. Reka bentuk jerijinya adalah tertutup penuh yang diapit dengan sepasang lampu hadapan yang langsing.

Dari arah belakang, ia menampilkan fender yang menonjol dengan jejalur lampu belakang nipis yang melintang. Setakat ini Toyota masih berahsia mengenai jumlah motor elektrik, kuasa mahu pun saiz baterinya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply