ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemenang Edisi ke-6 Kia Go-Xtra bakal ke Seoul, Korea

Views

Bertempat di Red Cube, Rawang, Selangor, NAZA KIA Malaysia, telah menyampaikan hadiah kepada pemenang program tahunan kesetiaan pelanggan Kia Go-Xtra untuk Edisi ke-6. Seramai tujuh pemenang terdiri dari seorang pemenang hadiah utama, seorang pemenang tempat kedua dan lima pemenang hadiah saguhati telah menerima hadiah masing-masing.

Kempen Kia Go-Xtra telah bermula sejak 2012 bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia mereka yang sentiasa menyokong jenama tersebut. Ia juga memberi peluang kepada pemenang bertuah untuk meneroka budaya Korea selain berkunjung ke kilang pengeluaran dan pusat Penyelidikan dan Pembangunan Kia yang bertaraf dunia.

Berikut adalah senarai pemenang Edisi ke-6 Kia Go-Xtra :

  • Pemenang Hadiah Utama –  Darren Yam Kok Wing dari Petaling Jaya yang memenangi pakej percutian yang ditaja sepenuhnya selama lima hari empat malam ke Seoul, Korea untuk dua orang, jam pintar Garmin Vivosmart HR dan baucar servis Kia bernilai RM500. Nilai hadiah keseluruhan melebihi RM8,000.
  • Pemenang Tempat Kedua – Nazaruddin Kassim dari Johor Bahru, turut memenangi pakej percutian yang ditaja sepenuhnya selama lima hari empat malam ke Seoul, Korea untuk dua orang, jam pintar Garmin Vivosmart HR.
  • Pemenang Hadiah Saguhati – Lee Kian Aik, Mohd Zahari Bin Rupiat, Oon Chooi Huat, Simon Siew dan Wong Loo Xuan yang masing-masing memenangi seunit Garmin Vivosmart HR+ jam pintar yang bernilai RM848 .

Kempen Kia Go-Xtra 2017 bermula dari 1 Jun sehingga 31 Julai lalu dan pelanggan yang menghantar kenderaan Kia mereka untuk diservis di pusat servis bertauliah layak untuk menyertai peraduan dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik. Sepanjang tempoh kempen, pelanggan turut menikmati diskaun 30 peratus untuk pad brek dan item servis yang terpilih dan 10 peratus lagi diskaun untuk servis penyaman udara.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply