ARKIB

KATEGORI

Buletin

PROTON rasmi Pusat Badan & Cat di Taman Bukit Serdang

Views

Bagi memastikan penambahbaikan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan sebagai keutamaan, PROTON telah merasmikan Pusat Badan dan Cat yang terbaharu, terletak di Taman Bukit Serdang. Ia dimiliki oleh World Car Care Services Sdn. Bhd dan semasa awal penubuhannya pada 1997, ia hanyalah sebuah pusat servis dan menjual alat ganti (2S). Perasmian telah disempurnakan oleh Encik Abdul Rashid Musa (Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar) bersama En. Ng Tuck Fatt (Pengarah Pusat Badan dan Cat, World Car Care Services Sdn Bhd) dan En. Phoon Kam Seong (Pengarah, World Car Care Services Sdn Bhd)

Pada 2002, World Car Care Services telah dilantik sebagai penyedia perkhidmatan servis kereta dan mengetuk & mengecat (B&P) tanpa pusat B&P yang khusus. Tahun lalu, mereka telah memulakan proses menaiktaraf dengan menambah khidmat pusat jualan (bilik pameran terletak di Bukit Jalil) dan pusat B&P di Taman Bukit Serdang.

Lokasi bilik pameran terletak di lot hujung dalam kawasan yang sibuk, tetapi mudah diakses kerana jaraknya hanyalah 10 meter dari jalan utama Bukit Jalil-Puchong. Pusat B&P khusus ini bakal memberi lebih keselesaaan kepada pelanggan selain mempertingkatkan proses perkhidmatan.

Sempena bulan Kemerdekaan negara yang ke-60, PROTON sedang mengadakan kempen Promosi 5 Nilai Hebat dengan menawarkan servis percuma selama lima tahun atau 100,000km (yang mana terdahulu) merangkumi alat ganti, minyak pelincir dan caj pekerja yang bernilai sehingga RM3,700*, selain waranti lima tahun atau 150,000km (yang mana terdahulu) serta Bonus Kesetiaan sebanyak RM1,000 dengan setiap pembelian model Iriz baharu.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply