ARKIB

KATEGORI

Buletin

UMW Toyota Motor tanam hampir 100 pokok pelbagai spesies di Bandar Kinrara, Puchong

Views

Sebagai sebahgian daripada Projek Gelombang Hijau dengan kerjasama penduduk setempat dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) telah menanam hampir 100 pokok pelbagai spesies di Bandar Kinrara, Puchong. Sejak 2011, UMW Toyota meneruskan usaha untuk bersama-sama dengan komuniti dalam melestarikan dan memulihkan habitat dan taman bandar di Malaysia yang semakin terjejas.

Program penanaman pokok ini adalah merupakan sebahagian dari inisiatif tersebut. Selain dari menghijaukan kawasan kejiranan, program tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelanggan Toyota, kakitangan dan komuniti untuk menjaga alam sekitar. Antara spesies pokok yang ditanam di Kebun Komuniti dan taman permainan di BK9/5 Bandar Kinrara termasuklah Trumpetbush (Tecoma), serta pelbagai jenis spesies pokok buah-buahan dan herba.

Menerusi pelan strategik seluruh dunia, Toyota Environmental Challenge 2050 menyasarkan untuk menjadikan masyarakat masa hadapan yang hidup dalam harmoni dengan alam semulajadi. UMW Toyota turut melaksanakan projek penaman pokok dengan penglibatan kakitangannya, termasuklah pemulihan paya bakau dan rehabilitasi di Sungai Pelek, Banting dengan menanam sebanyak 1000 pokok pada tahun 2013. Projek yang hampir sama juga turut dilakukan di Setiu, Terengganu pada 2011.

Selain bakau, UMW Toyota juga bekerjasama dengan beberapa majlis tempatan dan organisasi sejak beberapa tahun lalu di mana lebih 1300 pokok telah ditanam di Kota Kemuning, Shah Alam, Cameron Highlands dan FRIM, Kepong. Tahun lalu, lebih 1000 pokok telah ditanam di sekitar kawasan kilang pemasanganya, Assembly Services Sdn. Bhd.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply