ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

Pemenang hadiah utama peraduan Shell Advance alami pengalaman sekali seumur hidup di Jepun

Views

Keputusan untuk menggunakan minyak enjin motosikal Shell Advance membawa tuah kepada Mohammad Nizam bin Md Omar dan Muhamad Iqbal Hibri bin Azilan kerana mereka telah memenangi Hadiah Utama dalam peraduan Shell Advance Power On 2016 beserta lawatan sekali seumur hidup ke Jepun. Mereka turut merasai kehangatan Japan MotoGP™ dan pusingan kelima kejohanan perlumbaan motosikal Shell Advance Asia Talent Cup (SAATC) di litar Twin Ring Motegi.

Mohammad Nizam, seorang juruteknik yang telah menggunakan minyak enjin motosikal Shell Advance AX5 bagi motosikalnya Honda Future 125cc kerana prestasi yang tahan lama, begitu gembira dengan kemenangan julung kalinya dalam peraduan dan juga lawatan tersebut.

“Ia merupakan lawatan saya yang pertama ke Jepun, dan kemuncaknya tentulah lawatan ke litar Twin Ring Motegi. Pas VIP khas yang disediakan untuk kami oleh Shell membolehkan kami menjelajah ke hampir semua kawasan litar ketika perlumbaan Japan MotoGP™. Ia sememangnya merupakan pengalaman sekali seumur hidup,” katanya.

Seorang lagi pemenang Hadiah Utama, Muhamad Iqbal, pemilik Kawasaki GTR 1400 yang baru sahaja bertukar kepada Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus baru-baru ini, memuji layanan VIP yang diberikan kepada para pemenang sepanjang lawatan selama 5 hari 4 malam itu.

“Kerana Shell, kami dapat merasai keseronokan MotoGP™ pada tahap yang lain, yang tidak mungkin dapat kami alami sekiranya kami pergi sendiri. Di samping kemenangan ini, saya juga begitu gembira dengan keputusan saya untuk menggunakan Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus. Terdapat perbezaan yang nyata pada motosikal saya kerana sekarang enjinnya begitu senyap, lebih berkuasa dan lebih ekonomi,” kata penganalisis IT itu.

shell2

Peraduan Shell Power On 2016 turut menghadiahkan barangan GIVI yang merangkumi 10 kotak Monolock, 20 unit topi keledar ‘full face’, 30 unit baju hujan dan 50 unit beg galas kepada pemenang-pemenang hadiah saguhati. Mereka yang mengambil bahagian dalam peraduan tersebut perlu membeli produk Shell Advance yang terpilih dan melekatkan pelekat yang didatangkan secara percuma dengan setiap pembelian di motosikal mereka dengan gaya yang kreatif. Mereka kemudiannya perlu mengambil gambar hasil kreativiti mereka itu, meletakkan kapsyen dan memuat naik ke Facebook, Twitter atau Instagram dengan hashtag #PowerOnShellAdvance.

Pengurus Besar Shell Lubricants Malaysia dan Singapura Leslie Ng berkata bahawa hadiah-hadiah premium yang menarik yang ditawarkan dalam peraduan Shell Advance Power On 2016 adalah sebagai ganjaran kepada penunggang motosikal tegar yang setia dengan Shell Advance bagi prestasi tunggangan yang hebat setiap kali.

Bagi pemilik Perniagaan Motor Hok Hing di Kepong, Lim Chiew Poh, pengalamannya menyaksikan Japan MotoGP™ dari suite Shell VIP ketika lawatan pertamanya ke Jepun merupakan sesuatu yang tidak dapat dilupakan. “Saya mula menjual Shell Advance sejak tahun 1988 yang ketika itu didatangkan dalam tin. Ia adalah jenama sebutan ramai dan senang dijual. Saya gembira kerana dapat menyertai mereka yang terpilih untuk lawatan yang mengagumkan ini,” katanya.

Seorang lagi pemenang rakan niaga, Koh Wong Hean dari Chaw Wei Motor di Kuala Selangor, berpendapat maklumat mengenai teknologi yang didapati ketika lawatan tersebut adalah amat berguna. “Kini kami memahami mengapa Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus benar-benar istimewa kerana ia adalah satu-satunya minyak enjin motosikal di pasaran yang dibuat daripada gas semulajadi,” katanya.

Barisan produk minyak enjin motosikal Shell Advance, terutamanya Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus yang menjadi kebanggaan Shell, menjanjikan permulaan yang bersih setiap kali dan memberikan lebih kuasa tanpa pengurangan dalam jangka masa yang panjang.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply