ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pencarian Rakan Strategik Asing Proton semakin hampir ke penghujung?

Views

DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) dalam kenyataan media yang baharu sahaja dihantar menjelaskan pencarian Rakan Strategik Asing Proton adalah kunci untuk mengubah hala tuju pengeluar kereta tersebut kepada sebuah syarikat yang berdaya saing. Pengarah Urusan Kumpulan, Dato’ Sri Syed Faisal Albar berkata keperincian terhadap setiap bidaan amat kritikal dalam proses penilaian semua bidaan yang diterima daripada pengeluar kereta global.

Beliau berkata, matlamat DRB-HICOM adalah untuk mengubah hala tuju Proton dan sekiranya kelebihan dan kekuatan Proton dapat dipertingkatkan dengan rakan baharu, Proton bakal menjadi satu jenama yang disegani. Beliau juga menegaskan kenyataan syarikat minggu lalu bahawa semua pembida masih lagi bersaing untuk dipilih menjadi Rakan Strategik Asing Proton.

Tambah beliau lagi, ada media yang melaporkan tinggal hanya satu pembida setelah Geely dikatakan menarik diri. Namun beliau mengesahkan bahawa semua pihak yang membuat bidaan masih bersaing dan semua bidaan tersebut kini di peringkat akhir proses yang sangat teliti dan dijangka ia bakal dimuktamadkan menjelang akhir separuh pertama tahun ini.

Kami juga difahamkan delegasi dari Perancis kini sedang berada di Malaysia berikutan lawatan negara selama dua hari oleh Presiden Perancis, Francois Hollande yang tiba semalam. Perdana Menteri juga dalam satu kenyataan mengatakan, syarikat Perancis kini berada di sini dan bakal menyumbang kepada 60,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Tambah beliau lagi, “Seperti yang kita sedia maklum, PSA Group kini sedang berunding dengan Proton, walaupun ia masih belum dimuktamadkan namun ia boleh menjadi satu kemungkinan.”

Adakah kenyataan dari Perdana Menteri menguatkan spekulasi yang PSA Group sedang dalam fasa terakhir rundingan bersama Proton? Jika ia berlaku, timbul satu persoalan mengenai apakah kesannya ke atas perniagaan Kumpulan Naza dan Peugeot Citroen di Malaysia sekiranya PSA Group dipilih menjadi Rakan Strategik Asing Proton? Kita nantikan kesudahannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Print

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

10 Comments


  • Ye, Presiden Perancis, Francois Hollande berada di Malaysia Dan ada membincangkan perkara berkaitan FSP dan PHB.

    Pengambil alihan PHB oleh PSA, jika berlaku tentu sekali memberikan kesan kepada perniagaan kumpulan NAZA. Sudah sedia maklum NAZA adalah pengilang CKD model Peugeot Dan Citroen di Malaysia. PHB pula mempunyai kilang pemasangan yang jauh lebih canggih Dan maju. Setelah pengambil alihan PHB tentu sekali pemasangan Kenderaan PSA group akan berpindah di kilang PHB tanjung malim.


    • Naza sekarang target high end market je; ferari, maserati, brabus, koenigsegg. kalau mid level pun yang ada kia dgn chevrolet je. tak lupa juga motorbike high end spt harley davidson, aprilia dll.., elok lah serah peugeot citroen ke kilang tanjung malim.


    • Yg akan bekerjasama dgn Proton mungkin Opel & Vauxhall
      .
      Peugeot & Citreon berlainan niche dgn Proton…
      .
      Naza BAS dgn Psa
      Sbb impian Proton sgt besar kali ini.
      .
      Mungkin Drb akan beli Lotus drpd Proton utk digandingkan dgn Geely.
      Geely ada duit aja, governance & technology hancus


      • Mungkin benar..! Tetapi Peugeot & Citreon (PSA) tetap akan menggunakan fasiliti PHB untuk kepentingan mereka.. Kerana mereka akan/telah melabur(share) dalam PHB dan akan/telah ada pegangan dalam PHB.

        PHB, Opel & Vauxhall pula bekerjasama membangunkan dan berkongsi teknologi.

        DRB beli Lotus.!?
        Mungkin.!


  • beranganla P1 nak partner dgn PSA. kalau jadi mmg takkan berkekalan pasal tiada synergy dan identical identity yg boleh push kedua2 brand..proton x compatible dgn continental brand psl client base proton lain…x nampak apa yg boleh benefit except tumpang pakai kilang jer la….baik cari partner yg sekufu…


  • Proton boleh bangunkan full-size MPV daripada platform PEUGEOT Traveller. MPV saiz-penuh bukan mewah tetapi capai tahap 5-bintang ASEAN ncap. 1.5L t-gdi & 2.0L t-gdi

    Proton juga boleh bangunkan SUV 7-seater daripada platform PEUGEOT 5008. SUV bukan mewah capai taraf 5-bintang ASEAN ncap. 1.5L t-gdi & 2.0L t-gdi

    Jika PHB diambil alih oleh PSA group peluang pekerjaan di Tanjung Malim pasti bertambah. Penjualan ekuiti PHB adalah pelaburan berbilion ringgit syarikat asing ke dalam negara

    Kehadiran President Perancis ke Malaysia juga ada membincangkan berkenaan cadangan Malaysia membuka kilang CKD Rafale


    • Kalau Rafale kena pada Ctrm, Ctrm kena pada Drb. Drb mmg mahir guna lastik kayu getah. Sekali shot not 1 down, maybe 4 down.

      PAKAR yg diperlukan Proton adalah proven berkenaan TEKNOLOGI, KEMAMPUAN & NEW MARKET.

      Geely mampu sediakan dana sahaja. Kemampuan bukan sahaja duit, governance pun kemampuan…

      New market utk Proton jg sgt penting. Nak penetrate new market byk perlu kemampuan. Market sedia ada Psa & Core market Psa di EU & USA.
      Senang2 cuci kaki & terus masuk aja current market Psa.

      Psa proven utk 3 kriteria dan Psa dlm merangka utk membesarkan empire mereka.

      Hairan knp byk bias kpd Geely, Geely ibarat Proton 20 tahun dulu.
      Itu yg Proton boleh beli Lotus


    • PEUGEOT Traveller dan PEUGEOT 5008 memang kelihatan mantap dan menawan sebagai MPV besar Dan SUV sederhana.. Tetapi matlamat utama PSA group adalah menggunakan fasiliti PHB sedia ada untuk meningkatkan pengeluaran kenderaan PSA Itu sendiri.. Disamping matlamat sampingan PSA meningkatkan jualan bakal anak syarikatnya (proton).

      Proton City Tanjung Malim akan berkembang maju Dan kepadatan penduduknya akan bertambah. Penduduk setempat akan menerima nikmat kerancakan ekonomi di Proton City Tanjung Malim.

      Cadangan membina kilang CKD Rafale telah diutarakan sejak zaman Pak Lah lagi.. Tetapi ditangguhkan atas sebab Perancis tidak mahu berkongsi teknologi sangat Tinggi Dan terkini pada Masa Itu. Mungkin Kali ini akan berjaya kerana Rafale adalah teknologi 10 tahun lalu. Tetapi masih dianggap teknologi sangat tinggi..

      Geely tiada kemampuan selain tunai, Geely beli kemampuan dengan tunai contohnya beli VOLVO. Membeli syarikat berteknologi dan berkemampuan boleh meningkatkan teknologi Dan keupayaan Geely. Sama seperti Proton membeli Lotus 20 thn lalu, dimana Proton Rebadge kesemua modelnya sebelum mengambil alih Lotus. Tetapi setelah membeli Lotus PLC Proton berjaya membina kereta sendiri 100% dengan teknologi Tinggi dan sederhana. Serta menyediakan fasiliti dengan kejuruteraan tinggi. Tetapi Proton lemah dalam pemasaran dalam Dan luar negara., kurang kreativiti dalam pengurusan pemasaran. Mungkinkah Geely juga begitu? Peringkat awal permintaan memang tinggi, seperti mana 10 tahun pertama Proton beli Lotus..

      Geely mungkin mengikut jejak langkah Proton 20 tahun lalu tanpa disedari. Syarikat kaya yang pernah bekerjasama denga PHB seperti Goldstar dan youngman, kemana mereka pergi? Mengapa mereka tidak membida Proton? Mereka juga lemah dalam governance, teknologi dan kemampuan kecuali tunai yang sangat banyak.

Leave a Reply